Saturday, February 28, 2015

IS halangan utama RV sekarang

Saya tidak menulis sejak 13 Februari lalu kerana bersiap sedia untuk terbang ke Dubai untuk menukar Dinar Iraq jika benar-benar berlaku RV. Ramai yang menelepon saya kenapa tidak berlalu RV seperti yang diramalkan dalam satu forum pada beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya hanya Bank Negara Iraq sahaja yang boleh mengumumkan RV. Bukan sesiapa dalam dunia ini. Itu pun bank negara akan membuat RV tanpa mengumumkan terlebih dahulu. Jika Bank Negara Iraq mengumumkan tarikh RV, ianya bersalahan dengan prinsip kewangan dan sistem perbankan dunia. 


Kita hanya boleh menjangka bila sesuatu matawang itu akan menguat dengan melihat indikator ekonomi sesuatu negara. Antaranya ialah melihat imbangan perdagangan sesebuah negara. Jika sesuatu negara itu, eksportnya melebih import, maka negara itu akan mencipta pendapatan yang berlebihan ( surpulus ). Situasi ini pada jangka panjang akan menyebabkan belanjawan tahunan negara itu akan berimbang. Iaitu jumlah perbelanjaan dan pendapatan negara itu lebih kurang sama. Jika belanjawan negara itu masih lagi defisit ianya menggambarkan negara itu tidak cukup pendapatan untuk membiayai perbelanjaan negara. Sekaligus ianya menyebabkan matawangnya tidak kuat.


Justeru itu penyimpan Dinar Iraq seharusnya melihat perkembangan eksport Iraq dan belanjawan tahunannya supaya kita lebih peka kepada nilai dinar semasa dan potensinya pada masa depan. 


Dalam situasi sekarang indikator segera yang perlu kita lihat adakah bank negara Iraq masih meneruskan aktiviti melelong dinarnya setiap bulan. Jika sudah lebih 3 bulan dinar Iraq tidak dilelong, itu adalah tanda tanda bank negara Iraq puas hati dengan jumlah edaran wang dinarnya. Jika edaran wang dinar tidak bertambah di pasaran dan wujud permintaan kepada dinar itu, maka berpotensi untuk naik. Situasi inilah yang perlu kita lihat secara serius.


Meramalkan Dinar Iraq naik, bukan berdasarkan mimpi seseorang . Tetapi ia berdasarkan fundamental ekonomi Iraq. Maka penyimpan dinar Iraq jangan sesekali mendengar khabar angin dari jalan Chow Kit. Sentiasalah melihat laporan ekonomi Iraq dalam web bank negara Iraq , akhbar dan web-web ekonomi di Iraq.


Mulai sekarang, sehingga akhir  2016 yang mahu kita lihat juga pengganas IS mestilah dinyahkan dari Iraq. Jika tidak, ia mengganggu pertumbuhan ekonomi Iraq. Faktor IS adalah faktor utama pada masa kini untuk membolehkan RV berlaku. Selagi kita mendengar IS masih berada di Iraq, jangan kita mimpikan RV itu berlaku. 


Jadi, sementara menanti RV mari kita tolong pesakit diabetis, darah tinggi dan buah pinggang untuk makan Gum Arabic.