Friday, March 6, 2015

Harga Dinar Naik

Bulan Februari adalah bulan kelahiran saya. Dah tua-tua ini tak ada lah majlis makan kek lagi. Takut gula naik. Woo. Tetapi ada yang lebih seronok lagi pada bulan Februari yang lalu ianya adalah bulan panik nak RV. Banyak SMS dan panggilan talipon yang saya terima bertanyakan  bagaimana nak tukar dinar Iraq. Apabila saya menjawab belum RV lagi, ada orang berkata di Iraq dah RV, hanya Malaysia sahaja yang belum. Ini pun satu yang lucu kerana mana mungkin nilai dinar  tidak sama antara lain-lain negara. Ikut kau lah luncai oi. Wooo..


Kini harga dinar naik bukan kerana nilai dinar naik tetapi kerana kenaikan nilai USD. Jika dulu 1000 USD adalah RM 3000. Kini ia bernilai RM 3600. Pengimport dinar negara ini terpaksa menaikkan harga jualan dinar kerana kenaikan tukaran nilai USD.


Hanya nasihat saya kepada bakal pembeli baru dinar, jika membeli dinar mestilah mendapat dinar. Bukan sekadar mendapat surat perjanjian memiliki dinar dari sang penjual. Cerita kerajaan Iraq mahu menarik note 50, adalah tidak sahih lagi. Maka sesiapa yang ada note 50 dinar, janganlah panik. 


Dalam bab RV , jangan sesekali terpengaruh dengan berita dalam web Dinar Guru kerana web ini selalu buat berita palsu sahaja. Yang pasti RV pasti berlaku :

Kalau tak hari ini, esok RV.
Kalau tak minggu ini, minggu depan RV
Kalau tak bulan ini, bulan depan RV.
Kalau tak tahun ni, tahun depan RV. Woo.

Jika dah tak sanggup menunggu RV dan menghadapi kesesakan wang, juallah dinar kepada saya. Hahaha.


Untuk rambut anda sentiasa dilihat remaja, gunakanlah Syampu BSY.