Tuesday, March 17, 2015

Note 50 Dinar ditarik dari pasaran

Sudah sah bank negara Iraq menarik balik note 50 dinar dari pasarannya dalam tempoh 2 bulan dari sekarang.


Bagi sesiapa yang memiliki note 50 dinar, lupakan saja untuk memulangkannya ke Bank Negara Iraq kerana nilainya terlalu kecil iaitu tidak sampai 15 sen. Tetapi jika anda ada note 50 dinar sebanyak 1 juta dinar, eloklah dibuat usaha untuk menghantar dinar Iraq ini ke Iraq. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan antara kita hanya memiliki note 50 dinar sekeping sahaja kerana beberapa tahun yang lalu penjual penjual dinar menjual set dinar yang mengandungi sekeping note 50 dinar. 


Saya akan berbicara lagi tentang isu IS pada beberapa hari lagi akan datang kerana hari ini terlalu sibuk melayan penyimpan-penyimpan dinar yang tak sabar menanti RV. Woo.