Thursday, March 26, 2015

Dinar Iraq 'GERENTI' atau PROSPEK ?

Antara soalan yang menarik bagi pembeli dinar baru ialah , adakah dinar iraq 'gerenti' RV ? 


Fuhh ! Ini soalan maut. Mana ada  perkara dalam dunia ini gerenti. Kapal terbang pun boleh terhempas, malah boleh hilang sehingga tak dijumpai .


Bercakap soal ekonomi atau pelaburan, ianya tidak ada jawapan gerenti tetapi ialah prospek. Sesuatu negara dalam dunia global dan moden , sesuatu matawang mestilah diapungkan di pasaran .Hanya negara yang disekat ekonominya macam Iran, wangnya tidak diapungkan dan dijual beli di pasaran. Kini Iraq pasca Saddam Husein memasuki era baru politik dan ekonomi. Maka tidak dapat tidak wangnya satu hari nanti perlu diapungkan dan dinilai semula dari nilai sekarang. Oleh kerana Iraq merupakan pengeluar minyak terbesar dunia suatu masa dahulu dan masih lagi menyimpan rezab minyak dan gas dunia, maka ia dikatakan berpotensi menjadi negara terkaya dunia. Lantaran itulah dinar dikatakan kembali menguat seperti nilainya paling kurang pada USD 30sen, iaitu pada akhir tahun 2003 sebelum Saddam dijatuhkan oleh Amerika.


Soalnya kini , apakah yang menjadi halangan utama pada RV setelah kini telah memasuki tahun yang ke 12 matawang dinar Iraq yg sedang kita pegang ini. Ada yang menyimpan di bawah bantal sehingga termimpi-mimpi di malam hari. Bila bangun pagi terus menelepon saya sudah boleh tukar ka ? Woooo.


2 Halangan besar  untuk dinar Iraq RV pada masa kini, iaitu :

- ancaman militan IS
-harga minya yang merudum kini.


Kita sambung cerita minggu depan. Sambil tu, makanlah Gum Arabic untuk mencegah darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.