Tahun 2015 dan 2016 adalah merupakan tahun harapan dinar Iraq di RV.
Dinar Kuwait melonjak semula ke USD 3.4 pada 2003 setelah ia jatuh ke USD 30 sen pada 1990. Atas asas inilah ramai orang meramalkan dinar Iraq akan mengikut rentak nilai Kuwait iaitu mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk ke paras asalnya. Walaupun sejarah selalu berulang, tetapi ia bukanlah sesuatu yang 'gerenti', namun kita berharap sangatlah Dinar Iraq akan mengulangi Dinar Kuwait.
Di akhbar Iraq ada menyatakan bahawa akan ada konvensyen kewangan antarabangsa yang akan di adakan di Baghdad pada Oktober 2015. Berita inilah dijadikan alasan seolah-olah konvensyen ini akan membincangkan nasib dinar Iraq.
Ahli ahli nujum dinar Iraq di Malaysia meramalkan dinar akan naik pada bulan Mei atau selewat-lewatnya Oktober. Mudah-mudahan ramalan ahli nujum ini tepat seperti ramalan nujum pak belalang. hahaha.
Bagi saya, teori pusingan ekonomi 10 tahun sedikit sebanyak akan mebawa impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Iraq, walaupun kini sudah memasuki 12 tahun , maka adalah diharapkan ia tidak akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menyempurnakan teori pusingan ekonomi itu. Jika tidak ada isu ISIS dan kejatuhan harga petrol barangkali ekonomi Iraq pada masa ini sudah cukup memberangsangkan Iraq.
Dalam masa yang sama, senarion di Iran yang mula mendapat kelonggaran daripada sekatan ekonomi antarabangsa diharap dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi serantau timur tengah dan sekaligus memberi impak kepada Iraq.
Apabila Iraq kini telah menguatkuasakan matawangnya tidak boleh dibawa keluar maka ini adalah tanda penting Iraq menjaga matawangnya tidak melambak di pasaran sekaligus tidak membenarkan spekulator mengeksploitasi dinar di pasaran khususnya dinar yang berada di luar negara.
Oleh kerana tidak lama lagi akan kaya, jagalah kesihatan baik-baik. Makanlah CELLMAXX dan GUM ARABIC.