Friday, December 3, 2010

BANK NEGARA IRAQ KAJI DINAR

Antara fokus utama kabinet Iraq yang bakal dibentuk ialah membangunkan industri minyak. Minyak merupakan penyumbang utama pendapatan Iraq. Malah ianya menggiurkan pelabur   asing untuk masuk ke Iraq. Dan ia juga penentu kepada nilai Dinar Iraq pada masa hadapan. Iraq kena meningkatkan pengeluaran minyaknya  dari 2.5 juta tong sehari ke satu jumlah yang membolehkan pendapatan negaranya ada lebihan. Tahun 2012 diramalkan bajet tahunannya akan berlebihan atau surplus.

Bank Negara Iraq dikatakan sedang menstruktur semula matawang negaranya. Apakah ini sebagai tanda-tanda awal Dinar bakal diapungkan?  Ada yang kata tahun ini juga. Jika betul, ramai yang bakal menjadi jutawan dan ramai juga yang melopong. Tanyalah diri sendiri. Simpanlah Dinar walaupun setakat 10,000 Dinar yang hanya berharga RM 160.00 sahaja. Anda bakal meraih RM 10,000.00 jika diapungkan pada harga USD 0.30 sedinar.

RM dijangka mengukuh menjelang 2012 dan diramalkan USD 1.00 bersamaan RM 2.20. Apakah Amerika tidak akan mengambil langkah-langkah perlu untuk memperkukuhkan USD? Apakah Amerika memerlukan apungan Dinar Iraq untuk menguatkan ekonominya?   Ramai yang mengatakan Amerika yang sangat memerlukan apungan Dinar ini. Kita di Malaysia, hanya  menumpang semangkuk sahaja.

Tunggu sahajalah. Jangan tak lelap malam ini dah le. Ha ha. Ramai yang dah mimpi banjir. Yang pasti Kedah dah banjir pada bulan lalu.