Bagi peminat pelaburan negara ini, masa terbaik memiliki dinar adalah sebelum akhir tahun 2010 kerana:
i. Sejak awal lagi, iaitu apabila Dinar baru Iraq diperkenalkan pada akhir tahun 2003, penganalisa ekonomi meramalkan ianya akan diapungkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Kini, selepas 7 tahun, ianya adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak bagi Dinar Iraq ini diapungkan. Malah lebih hebat dari itu, para pengurus dana antara bangsa telah membuka pejabat di Iraq dan menjadikan Dinar Iraq sebagai "hedging fundnya". Jika anda menyimpan 10 ribu Dinar atau sejuta Dinar pun janganlah risau kerana kini Dinar Iraq sudah masuk ke era dimana matawangnya telah dijadikan sebagai salah satu hedging fund oleh para pengurus dana. Kalau anda "bodoh" atau terlalu "berani" kerana memilki dinar ini, maka para pengurus dana yang profesional itu lagilah "bodoh" dan terlalu "berani" kerana mereka membeli dinar dengan nilai yang besar - kalau bukan puluhan juta USD, tentunya ratusan juta USD. Anda baru seciput je. Itu pun bukan main nak rak perasaan menanti dinar diapungkan. Ha ha ha.
ii. Pengeluran minyak Iraq semakin meningkat selepas melalui satu tempoh pembangunan semula yang agak panjang selama 7 tahun ini. Para pelabur yang besar semakin ramai. Dijangka Iraq akan mengeluarkan minyak sebanyak 4.5 juta tong sehari menjelang pertengahan tahun 2012. Ini satu keadaan yang cukup meyakinkan dunia terhadap potensi ekonomi dan matawang Iraq. Jika Malaysia yang minyaknya semakin mengurang pun akan mengalami kenaikan mata wangnya, inikan pula Iraq yang semakin tinggi dan berganda pengeluaran minyaknya. Takkanlah Dinar Iraq akan lebih jauh rendah nilainya berbanding dengan RM????
iii. Iraq sudah melalui satu tempoh ujian kematangan dalam mengurus pentadbiran negara secara demokrasi selepas pencerobohan Amerika pada 2003. Proses ini akan membolehkan Iraq muncul sebagai sebuah negara yang lebih berwibawa dalam hubungan antara bangsanya. Pujian IMF kepada status kewangan Iraq dan Iraq bakal menyertai WTO, adalah tanda-tanda jelas kepada Iraq dalam memacu ekonominya.
Bagi anda yang telah memilik Dinar Iraq sebenarnya anda telah menyediakan satu potfolo pelaburan yang baik. Selepas ini fikirkanlah potfolio yang lain pula. Untuk itu, tidurlah dengan aman. Jangan dengar khabar angin dan spekulasi yang merapu-merapu. Buka blog saya seminggu sekali sahaja. Ha ha. Buat apa buka 4 kali sehari. Ha ha. Kalau lewat tahu diapungkan pun, Dinar anda tetap laku juga oi. Woooo,
Tinggal 21 hari lagi berakhir 2010. 2011 tahun dinar diapungkan. Tapi tak tau bulan yang mana. Oh bulan bak kata P. Ramlee. Wooo. Solat jangan tak solat oi. Buat apa kaya, kalau solat pun ditinggalkan. Biarlah menjadi orang kaya yang beriman. Ha ha. Gelak gelak juga. Tapi jangan lawan Tuhan tau. SELAMAT!!!!
Jumpa minggu depan, kecuali dinar diapungkan sehari dua ini. Ada yang kata dah 97% dinar bakal diapungkan. Wooooo.