Apabila Iraq membeli semula dinarnya dari pasaran seperti yang saya bincangkan pada posting lalu, maka kerajaan Iraq akan membuat tindakan susulan seperti berikut:
- Menyimpan Dinar tersebut bagi mengelakkan lambakan dinar di pasaran, sekaligus mengawal inflasi. Atau
- Memusnahkan terus dinar itu.
Dengan tindakan ini, maka isu jumlah dinar yang bertrilion di pasaran yang boleh memberi implikasi negatif ekonomi akan dapat diatasi.
Dengan melihat kepada dasar kerajaan Amerika yang mengenakan cukai 35% ke atas pertukaran dinar, maka saya berpendapat nilai apungan ke USD 1.00 adalah suatu yang amat patut dan manasabah. Hal ini kerana nilai bersih yang bakal diperolehi oleh pemilik dinar adalah hanya sekitar USD 0.60 sahaja. Angka ini tidak jauh dari jangkaan awal iaitu USD 0.30.
Setakat ini hanya negara Amerika sahaja akan mengenakan cukai atas tukaran dinar. Negara lain termasuk Malaysia tidak menyatakan apa-apa pun. Keuntungan pertukaran wang lazimnya tidak dikenakan cukai. Tetapi jika anda mahu bayar cukai, tak ada salahnya. Woooo.