Saturday, June 11, 2011

DINAR IRAQ: ISU DAN PROSPEK

Bacaan khas untuk pembaca baru blog ini.

Apakah ayat ringkas yang boleh disimpulkan berkaitan dengan potfolio  pemilikan Dinar Iraq. Jawapannya ialah Simpan   Dan Jual  Dinar Iraq Selepas Apungan.   Modal pertama di sini ialah KESABARAN, kerana terpaksa menunggu bilakah wang Dinar ini diapungkan dan dinilai semula (revalue -RV)

Latar Belakang Prospek Pemilikan Dinar:


Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003)  ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq.   Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik,  bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010,   kini  Iraq  telah  mempunyai Perdana Menteri baru dan   barisan  kabinetnya.  Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.

Tentera Iraq pula telah mula  mengambil alih peranan tentera Amerika yang  mulai  keluar sejak 31hb Ogos  2010.  Kini. hanya tinggal 50,000  orang tentera Amerika  dan   kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011.  Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya   selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir  2003.  Ini  merupakan satu  anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di  Iraq.  Iraq kini  sebagai "negara emas"  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga  atau  selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq.   Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya.  Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar?   Ya, setiap bulan bank asing   membeli   dinar Iraq sebanyak  USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Isu Isu Note Dinar:


Isu  paling utama berkaitan dengan note Dinar ialah pembuangan 3 kosong  pada notenya. Jika ini dibuat, ianya  bukan menaikan nilai Dinar tetapi  sebaliknya  akan mengurangkan nilai Dinar.  Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan  bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang.   Maka ramai yang berpendapat maksud pembungan 3 kosong   itu  ialah membuang nilainya dari 1,000 dinar bersamaan dengan 1 USD kepada 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD.  Ya, nilai 1000 Dinar  jadi 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD, Ia membawa maksud kenaikan nilai  dinar, bukan menukar note 1,000 dinar lama bersamaan dengan note 1  dinar baru.

Isu kedua ialah tentang pertukaran  note baru.  Bukan  mudah bagi  sesebuah negara  menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh  yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan.  Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Mana ada logik bib. Gunalah otak sikit. Duit satu sen Malaysia yang nak dibuang pun kena bagi notis setahun juga. Woooo. Inikan wang Dinar yang dah melampuh kat pasaran dunia. Kok jadi macam tu, ramai yang bunuh diri nanti. Ha ha.



Bilakah Dinar Akan Naik?

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan ramalan ini.

Pertama: Sebelum November 2011, iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi sebagai anggota WTO

Kedua: Apabila Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke 4 juta tong sehari, sepertimana pada tahun 2003. Iraq dijangka akan mencapai tahap tersebut pada tahun 2012.

Ketiga: Pada 2013, iaitu genap 10 tahun pemulihan Iraq dari serangan Amerika pada 2003 dahulu.


Namun, ada yang berpendapat pada  bila-bila masa dari sekarang kerana kertas cadangan Bank Negera Iraq telah pun disiapkan untuk kelulusan PM dan Parlimen Iraq. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.