Tuesday, June 14, 2011

KERJA LUAR BIASA

Sementara menantikan dinar Iraq diapungkan, eloklah saya mencatat cerita-cerita  orang yang berjaya dalam bisnes.  Saya tak akan sebut namanya, sekadar menggunakan nama samaran sahaja. Ha ha. Kesah benar orang yang pernah saya jumpa. 

Orang berjaya ialah orang yang sanggup buat kerja apa yang orang ramai tak sanggup buat. Orang ramai tak sanggup buat sesuatu kerja kerana kerja itu mungkin berat, memerlukan kemahiran, tak ada "status", tak ikut time kerja dan pelbagai lagi.

Seorang kawan saya dari Rembau. Kini bergelar Datuk. Bukan Datuk beli tau. Ha ha. Beliau mulakan kerja dengan kerja mengangkut najis yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sebelum ini, kerja-kerja angkutan najis dibuat oleh buruh India di bawah seliaan JKR.  Oleh kerana kawan saya ini sanggup buat kerja yang tak diminati oleh kontraktor lain, maka sebarang kerja yang payah-payah akan diberikan kepada kawan saya ini. Lama kelamaan beliau mendapat tawaran kerja yang besar nilainya. Alhamdulillah kini menjadi kontraktor besar dan sukses dalam perniagaannya. Ada pasar mini dan stesyen minyak disamping perniagaan teras sebagai kontarktor.

Rahsia kejayaan kawan saya ini ialah sanggup buat kerja yang orang lain tak sanggup buat. Nampak mudah tetapi bagi saya luar biasa semangatnya itu. Shukri Besut setakat beli Radja Karet sahaja. Yang menyapunya pekerjanya. Ha ha. Gurau je Shukri. Wooo.