Thursday, June 16, 2011

CERITA KEDUA

Rakan saya namanya T. Pada tahun 1986 saya berpindah tempat kerja dari Jitra ke KL. Selepas habis waktu pejabat, saya pun selalu singgah di sebuah kedai buku, tempat T bertugas.  T hanya pekerja biasa tetapi apa yang beliau buat adalah melebehi dari pekerja biasa.

Bos kedai buku ini menyerahkan hampir kesemua tugas mengurus kedai buku ini kepada T. Dari melayan pelanggan, menyusun atur buku, membersih kedai, membuat tempahan buku, membuat bayaran belian buku, melayan pembekal - semuanya diurus oleh T. Ha ha. macam tauke sebenar pula.

Dan yang paling menarik, sahabat saya T ini juga bijak mengurus dan menerbitkan kaset, poster, majalah dan buku. Semua urusan pra penerbitan beliau urusakan. Alah biasa tegal biasa. Beliau gembira dan mudah sahaja menguruskan kerja-kerja tersebut. Alang-alang pekerja biasa tentu tak mahu lakukan kerja-kerja diluar tugas hakiki. Ha ha.

Akhirnya T diberi balasan oleh Allah atas kerja lebihnya selama ini. Seorang tauke toko buku menawarkan kepada T untuk mengambil alih sebuah kedai buku di Hentian Pudu Raya. Ambil alih dulu, bayar kemudian. Agaknya tauke buku ini ini yakin dengan pengalaman T yang sedang mengurus kedai buku seperti miliknya sendiri, walaupun dimiliki oleh orang lain. Ha ha.

Kini T ada beberapa buah cawangan kedai buku. Jualannya di Pesta Buku di PWTC untuk beberapa hari sahaja mencecah RM 200 ke RM 300 ribu. Wau. Malah beliau juga menerbitkan buku, kaset dan poster. Pengalamannya memudahkan beliau menjadi   tauke  kedai buku dan sekaligus sebagai penerbit buku. Pernah keluar di tv 3 dalam sessi khas memperomosikan buku dan kaset terbitannya.

Inilah berkat orang yang sanggup buat kerja lebih, ringan tulang dan amanah kepada bosnya. Semua sikap dan tingkah laku kita diperhatikan orang. Akhirnya dibalas oleh Allah melalui manusia di muka bumi ini. So, janganlah anda mengungkit jika buat kerja lebih. Insyaallah Allah akan membalasnya. Cepat atau lambat, Allah yang lebih tahu bila sepatutnya diberikan kepada kita.