Sunday, August 21, 2011

DINAR IRAQ: RAYALAH DULU

Lapuran mengatakan Kementerian Kewangan Iraq sedang berbincang dengan Bank Dunia untuk penyediaan Bajet Iraq 2012.  Jarang benar kita dengar negara lain berbuat demikian, di mana Bank Dunia turut campur tangan dalam penyediaan bajet sesebuah negara. Deraf bajet Iraq perlu dibentang di parlimen pada awal  September ini dan perlu diluluskan sebelum akhir tahun 2012. Kali  ini Iraq tak mahu kelulusan bajetnya  berlarutan sehingga awal tahun akan datang sepertimana yang berlaku pada Bajet 2011.

Sementara itu lelongan Dinar semakin rancak sehingga ratusan juta USD setiap hari pada minggu lalu. Bagi saya ini satu yang pelik jika rancangan RV dan penukaran note baru mahu dibuat. Iraq seolah-olah masih memerlukan kemasukan wang dari sumber lelongan Dinarnya dan tidak mampu bergantung semata-mata  dengan ekspot minyaknya.  95% sumber pendapatan Iraq adalah dari jualan minyaknya. 

Ramai yang risau akan jumlah edaran Dinar yang sudah bertrilion di pasaran. Walaupun bunyinya trilion tetapi nilai sebenar dalam USD, mungkin bilion sahaja. Oh, ramai yang risau jika rv nanti dan nilai dinar bersamaan  USD 1.00, maka jumlah edaran Dinar akan sampai ke tahap trilion pula.  Bagi saya Dinar tidak akan naik secara mengejut tetapi secara beransur-ansur misalnya bermula dengan satu sen atau sepuluh sen USD. Iraq atau pasaran akan membeli balik (buy back) dinar pada harga murah dan Iraq akan melupuskan  Dinar  dari edaran di pasaran  secara beransur-ansur  Saya telah membincangkan perkara ini pada posting tahun lalu. Jika tak jumpa atau lupa atau tak faham, kenalah  berjumpa dengan saya selepas solat tarawih di Restoran Rafiya, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Takkan secawan teh pun tak boleh belanja. Kenalah ada pengerasnya jika hendak ilmu ya sheikhhhh.

Cerita-cerita  dinar nak RV pada bulan Ramadan ini adalah untuk mengsyokkan anda sahaja. Penyertaan ke WTO dan Bajet Iraq 2012 adalah rangsangan utama, pada masa ini untuk dinar di RV. Maka antara bulan November dan Disember sahajalah antara tarikh yang paling awal untuk Dinar di RV. Itupun jika Bajet Iraq positif dan WTO menerima keanggotaan Iraq. Untuk itu berayalah dulu dengan biskut kering sahaja. Ha ha.