Mutakhir ini ada kenyataan dari Bank Negara Iraq yang berazam untuk memperkukuhkan nilai Dinarnya. Ia tak menyebut usaha RV secara jelas tetapi dalam tempoh tiga bulan dari sekarang akan memperkenalkan wang syiling untuk 500 dan 1,000 Dinar. Bagi saya jika ada matawang syiling 500 dan 1,000 Dinar, ianya tidak membayangkan Dinar akan menaik dalam tempoh tersebut. Jika Iraq mengadakan matawang yang lebih kecil lagi misalnya 1, 2, 5 dan 10 Dinar - barulah boleh dikatakan Dinar bakal menaik nilainya.
Ada berita tak rasmi atau lebih mudah saya katakan khabar angin yang mengatakan Maliki telah berbincang dengan pihak US untuk menaikan nilai Dinarnya ke USD 4.00. Saya suka berita ini tetapi kerana sumbernya tak sohih dan lebih kearah spekulasi, maka sukar bagi saya hendak mempercayainya. Ada beberapa sesawang luar negara yang sentiasa mengatakan RV akan berlaku dalam beberapa jam lagi. Sentiasa "beberapa jam" lagi. Maka ramailah yang ternanti-nanti tanpa tidur malam untuk menunggu siang hari esoknya. Ha ha.
Saya lebih cenderung menunggu pengistiharan rasmi penyertaan Iraq ke WTO dan pembentangan Bajet Iraq 2012 untuk melihat kemungkinan RV dengan lebih yakin lagi. Jika bajet Iraq positif dalam keadaan ekonomi US dan Eropah yang semakin tenat, maka RV Dinar tidak menjadi halangan dari sudut keperluan ekonomi Iraq.
Masaalah hutang US bukanlah satu sebab utama untuk RVnya Dinar Iraq. Bukan tugas utama Iraq untuk selesaikan masalah ekonomi US. Dinar naik kerana ekonomi Iraq yang semakin baik. Iraq pula tak mahu kenaikan dinarnya akan menyebabkan inflasi secara mengejut akibat kenaikan kuasa beli rakyatnya. Ada perbezaaan kes antara Dinar Kuwait dengan Dinar Iraq iaitu Kuwait tak gila mencetak matawangnya tetapi Iraq saban hari melelong dinarnya. Lantaran itu saya masih berpegang kepada teori asal saya bahwa Dinar Iraq akan kembali kepada nilai asalnya yang terakhir pada 2003 iaitu USD 0.30 sahaja. Tetapi jika nilainya naik sehingga USD 4.00, saya tak marah!!!! Wooooo.
Moga memberi penjelasan kepada sms rakan Dinar.