Peminat Dinar Iraq dikejutkan oleh berita kenaikan nilai Dinar sebanyak 3.4% iaitu dari nilai lama 1171 ke 1166 Dinar berbanding dengan 1 USD. Sudah hampir 3 tahun nilai dinar ini tidak berubah. Kita pun pelik mengapa nilai ini tidak berubah walhal faktor asas ekonomi Iraq semakin baik. Jelaslah akhirnya CBI terpaksa membuat sesuatu kepada Dinarnya.
Antara sebab Dinar mulai mengalami kenaikan ialah kerana rezab wang asingnya telah meningkat ke USD 60 bilion (sebelum ini USD 50 bilion), lebihan akaun pembayaran semasa berbanding KDNK dan kawalan kadar inflasi yang lebih baik.
Menurut CBI, matawang Iraq tidak akan ditukar dalam tempoh dua tahun ini. Apakah Dinar Iraq akan diapungkan terlebih dahulu sebelum matawang ini ditukar. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
Ya, anda masih boleh menambah koleksi dinar lagi. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu membuat potfolio pelaburan. Emas dan perak adalah alternatif pelaburan lain. Tetapi jika gaji anda sudah berlebih-lebih, tak payahlah nak sibuk-sibuk membuat fotfolio pelaburan. Hanya baik-baiklah menjaga prestasi kerja anda supaya bos tak buang anda dari pekrjaan anda sekarang. Wooo. Saya hanya mampu belanja anda makan tengahari selama 3 hari sahaja jika anda dibuang kerja. Ha ha.
Nota: Projek ayam masih menawrkan peluang JV sebanyak RM 220,000. Seorang minima RM 50,000. Kurang sikit pun tak apa. Lebih sikit pun tak apa. Ha ha.
Ok, selamat bercuti panjang.