Monday, May 28, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: BERKENALAN DENGAN ALAM METAFIZIK

Tuhan, Manusia dan Alam saling berkaitan. Berabad manusia mengkaji hubungannya dengan Tuhan dan Alam. Hubungan manusia dengan alam sentiasa dikaji dan lahirlah pelbagai jawapan. Metafizik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji hubungan manusia dengan alam. Namun, tanpa bimbingan Tuhan, manusia akan teraba-teraba menjalani hidup ini.

Ikuti sessi pengenalan  alam metafizik di Realshoope, No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, KL, jam 10 pagi. Sila sahkan kehadiran di 03-40244859.  Kita juga akan menjejak "tenaga" dinar Iraq, bilakah bakal diapungkan. Satu  sessi  yang menyeronokkan anda. Yang penting percuma!!!!  Woooo.


Wednesday, May 23, 2012

DINAR IRAQ TERINI: RAMALAN METAFIZIKA

Semalam saya  " bermain" ilmu metafizika dengan seorang pengamal metafizika.  Antara yang dikaji ialah kekuatan "tenaga" seseorang atau sesuatu objek. Apabila saya memeriksa tenaga beberapa orang ahli politik di negara ini, nampak sangat "kebenarannya"  di dunia realiti negara ini. Ha ha.  Cukuplah saya katakan tenaga TG Nik Ab Aziz paling cemerlang sekali.  Dan malangnya tenaga orang yang sedang berkuasa di negara ini dilihat amat kecil dan ada yang negatif. Macam tak percaya tetapi itulah yang saya lihat semalam. 

Nak buat  cerita, kami pun memeriksa "tenaga" apungan Dinar Iraq. Ya, amat besar tenaga ini. Berapa ratenya?  Lagi hebat  penemuannya. Tenaga rate  USD 3.00  lebih besar dari tenaga  USD 1.00 atau 2.00. Maknanya,  ilmu metafizika berpendapat prospek apungan dinar adalah menjurus kepada USD 3.00. Ha ha. Kalau betul terjadi, ramai yang pengsan menjadi jutawan. Woooo.

Nak tahu cerita lanjut berkaitan   tenaga dan ilmu metafizika ini, sila hadir ke majlis Hari Terbuka Realshoppe pada Ahad, 3 hb Jun  2012, di No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur, jam 10 pagi hingga 6 petang. Sila sahkan kehadiran dengan Puan Sri di talian 03-40244859 kerana kami sediakan jamuan berat dan ringan. Ha ha. Baik punya promosi, kami yang belanja  anda semua.  Bila datang periksa aura anda sendiri dan kami beri tip macam mana nak naikkan tenaga anda semua. Apabila tenaga sudah kuat, buat apa pun akan menjadi!!!!!

Tuesday, May 15, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: GDP IRAQ 12%


Leceh betul apabila ada orang meminta saya mengesahkan berita-berita palsu berkaitan dengan dinar Iraq.  Kekadang macam tak logik.  Sejak dulu  sehingga semalam,  ada sahaja orang yang "terpandang" di Astro, mengatakan dinar telah  diapungkan pada USD 5.00. Kok ramai yang terpandang, mungkin betul berita tersebut. Tetapi jika seorang sahaja yang ternampak, mungkin depa dalam alam mimpi agaknya. Ha ha.

Cerita kawan saya yang sedang menukar Dinar Iraq melalui Thailand belum lagi diterima.  Namun ada seorang lagi kawan kita yang berbuat demikian telah pun melapurkan  kepada saya.  Usaha kawan ini gagal, katanya. Apa boleh buat.  Kita tunggu masa apungan sebenar. 

Saya optimis dinar  Iraq  bakal naik dan diapungkan. GNP Iraq adalah tertinggi sekali di kalangan negara Arab. 12% bib. Kemudian diikuti Qatar, 6%.  Kuwait, yang nilai Dinarnya USD 3.40  pun,  GDPnya setakat 4.6% sahaja. Dalam setahun dua ini, Iraq bakal mengeluarkan minyak 6 juta tong sehari.  Secara asasnya, Dinar Iraq ada sebab untuk melonjak. Soalnya bila?  Itu  yang suspen. Hati dok bergelora menanti. Banyak sangat impian untuk dipenuhi. Ha ha. Yang pasti nak berhenti kerja. Mana boleh macam tu ya sahabat. Kerja tetap kena kerja. 

Kini, sudah ditemui teknologi air mengganti minyak. Ini pelaburan jangka panjang yang baik. Perumusnya mencari  pembiaya. Siapa berminat sila sms saya. Jika tak ada wang, jangan sms ya. Ha ha. Saya akan tentukan jadual pertemuan dengan perumus teknologi ini. Kaya, kaya, kaya.  









Friday, May 11, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN

Minggu lalu saya dipaksa percaya bahwa dinar telah boleh ditukar di Money Changer Putrajaya. Ha ha. Ratenya USD 3.00. Mak oi.   Jika CBI tak kata apa apa, janganlah sesiapa  nak bawa khabar angin. Wooo. Saya pun hairan bagaimana khabar angin ini disebarkan dan mudah dipercayai oleh sebahagian orang. Jika dinar diapungkan, sudah pasti akan keluar beritanya di Astrolah. Woooo.

Salah seorang promoter Dinar Iraq di US ialah Adam Montana. Beliau pun sering menggemparkan pembaca sesawangnya.   Tetapi yang selalu beliau nyatakan ialah Dinar masih belum diapungkan. Ha ha. Tetapi  beliau amat yakin akan sampai masanya untuk dinar  diapugkan jua. Kalau tidak Amerika tak mampu menanggung kos perang di Iraq dan Afganistan.  Dinar merupakan salah satu jawapannya.

Saya masih menunggu result  kawan saya yang menukar dinar di Thailand. Katanya RM 0.30. Jika betul, saya pun nak tukar  sama. Ha ha. Tunggu sahaja. Bukan kena bayar. Hanya ada yang derita perasaan, bilakah daku nak kaya?  Woooo.

Ya, tuboh kita jangan sampai berbau wei. Klik cara mengatasinya. 

Friday, May 4, 2012

DINAR IRAQ: JANGAN LUPA AMALAN FARDHU

Penyimpan Dinar Iraq adalah sama statusnya dengan penyimpan matawang asing yang lain, kecuali dalam kes Dinar Iraq ialah matawangnya belum diapungkan di pasaran lagi  dan tidak dapat dibuat pertukaran di Money Changer.  Namun ada juga beberapa Money Changer yang menerima pertukaran Dinar Iraq. Setakat ini terpulanglah kepada Money Changer menentukan kadar pertukarannya kerana belum ada kadar pertukaran rasmi antara bangsa. Kadar pertukaran rasmi Dinar Iraq di web site CBI adalah untuk pihak bank komersil yang ingin membeli Dinar Iraq dari CBI.

Beberapa tahun yang lalu, Warkah Bank di Baghdad menerima Dinar Iraq yang kita kirimkan dari  negara ini untuk kita membuka akaun simpanan di sana. Sekarang, cara itu tidak dibenarkan.  Ada beberapa kebaikan dan kelemahan bagi sesiapa yang membuka akaun simpanan di Warkah Bank. Baiknya, kita tak khuatir jika notenya ditukar. Tak baiknya ialah adakah mudah apabila kita ingin wang itu dikirim kepada kita di sini semula.   Adakah arahan secara emel akan diterima pakai oleh Warkah Bank  apabila kita hendak mengeluarkan wang dinar itu nanti.  Atas isu ini, saya secara peribadi menyimpan dinar di tangan dan ada juga membuka akaun simpanan di sana.  

Setiap apa sahaja potfolio pelaburan ada unsur keuntungan dan risko. Maka timbang-timbanglah dengan bijaksana.

Sementara menunggu dinar, buatlah kerja-kerja tambahan di samping konsisten dengan amalan fardhu anda. Woooo. Kaya tetapi tak solat, apalah gunanya  hidup ini ya.....

Alhamdulillah saya terselamat dari keganasan orang tertentu pada 28 April lalu. Ha ha. Hidup kena ada strategi!!!!