Penyimpan Dinar Iraq adalah sama statusnya dengan penyimpan matawang asing yang lain, kecuali dalam kes Dinar Iraq ialah matawangnya belum diapungkan di pasaran lagi dan tidak dapat dibuat pertukaran di Money Changer. Namun ada juga beberapa Money Changer yang menerima pertukaran Dinar Iraq. Setakat ini terpulanglah kepada Money Changer menentukan kadar pertukarannya kerana belum ada kadar pertukaran rasmi antara bangsa. Kadar pertukaran rasmi Dinar Iraq di web site CBI adalah untuk pihak bank komersil yang ingin membeli Dinar Iraq dari CBI.
Beberapa tahun yang lalu, Warkah Bank di Baghdad menerima Dinar Iraq yang kita kirimkan dari negara ini untuk kita membuka akaun simpanan di sana. Sekarang, cara itu tidak dibenarkan. Ada beberapa kebaikan dan kelemahan bagi sesiapa yang membuka akaun simpanan di Warkah Bank. Baiknya, kita tak khuatir jika notenya ditukar. Tak baiknya ialah adakah mudah apabila kita ingin wang itu dikirim kepada kita di sini semula. Adakah arahan secara emel akan diterima pakai oleh Warkah Bank apabila kita hendak mengeluarkan wang dinar itu nanti. Atas isu ini, saya secara peribadi menyimpan dinar di tangan dan ada juga membuka akaun simpanan di sana.
Setiap apa sahaja potfolio pelaburan ada unsur keuntungan dan risko. Maka timbang-timbanglah dengan bijaksana.
Sementara menunggu dinar, buatlah kerja-kerja tambahan di samping konsisten dengan amalan fardhu anda. Woooo. Kaya tetapi tak solat, apalah gunanya hidup ini ya.....
Alhamdulillah saya terselamat dari keganasan orang tertentu pada 28 April lalu. Ha ha. Hidup kena ada strategi!!!!
Alhamdulillah saya terselamat dari keganasan orang tertentu pada 28 April lalu. Ha ha. Hidup kena ada strategi!!!!