Tuesday, May 15, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: GDP IRAQ 12%


Leceh betul apabila ada orang meminta saya mengesahkan berita-berita palsu berkaitan dengan dinar Iraq.  Kekadang macam tak logik.  Sejak dulu  sehingga semalam,  ada sahaja orang yang "terpandang" di Astro, mengatakan dinar telah  diapungkan pada USD 5.00. Kok ramai yang terpandang, mungkin betul berita tersebut. Tetapi jika seorang sahaja yang ternampak, mungkin depa dalam alam mimpi agaknya. Ha ha.

Cerita kawan saya yang sedang menukar Dinar Iraq melalui Thailand belum lagi diterima.  Namun ada seorang lagi kawan kita yang berbuat demikian telah pun melapurkan  kepada saya.  Usaha kawan ini gagal, katanya. Apa boleh buat.  Kita tunggu masa apungan sebenar. 

Saya optimis dinar  Iraq  bakal naik dan diapungkan. GNP Iraq adalah tertinggi sekali di kalangan negara Arab. 12% bib. Kemudian diikuti Qatar, 6%.  Kuwait, yang nilai Dinarnya USD 3.40  pun,  GDPnya setakat 4.6% sahaja. Dalam setahun dua ini, Iraq bakal mengeluarkan minyak 6 juta tong sehari.  Secara asasnya, Dinar Iraq ada sebab untuk melonjak. Soalnya bila?  Itu  yang suspen. Hati dok bergelora menanti. Banyak sangat impian untuk dipenuhi. Ha ha. Yang pasti nak berhenti kerja. Mana boleh macam tu ya sahabat. Kerja tetap kena kerja. 

Kini, sudah ditemui teknologi air mengganti minyak. Ini pelaburan jangka panjang yang baik. Perumusnya mencari  pembiaya. Siapa berminat sila sms saya. Jika tak ada wang, jangan sms ya. Ha ha. Saya akan tentukan jadual pertemuan dengan perumus teknologi ini. Kaya, kaya, kaya.