Tuesday, June 26, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: JUTAWAN DENGAN MODAL 1 SEN

Sidang parlimen Iraq telah bermula. Banyak isu yang dibincangkan. Isu politik, ekonomi dan kewangan menarik perhatian semua pihak. Dikatakan kerajaan Iraq sedang memperuntukkan USD 60 bilion untuk membuang 3 kosong pada Dinarnya. Tak jelas, apakah Iraq akan memperkenalkan satu matawang baru yang nilainya sama dengan nilai sekarang atau nilai yang lebih tinggi lagi. Jika matawang baru tetapi nilainya tetap sama, apalah gunanya matawang baru dibuat. Bak kata orang Rembau - perabis boreh yo?. Ha ha.  Ini yang memeningkan ramai penganalisa Dinar. Ha ha

Penyimpan Dinar menyimpan impian. Impian nak kaya. Ha ha. Bukan sekadar kaya sahaja, tetapi mahu jadi jutawan!!!!.  Namun hidup ini bukan sekadar ada satu cara mencapai impian. Kena pelbagaikan strategi dan cara. Siapa tak mahu jadi jutawan. Jual kacang pun boleh jadi jutawan. Bagaimana?  Nak tahu kena bayar "fee"lah. Setakat secawan kopi Radix, takkan tak boleh kot. Wooo. 


Ada penganalisa mengunjurkan dari wang satu sen pun boleh jadi jutawan. Syaratnya buat gandaan 100% dari setiap transaksi niaga. Cuba buat kiraan bermula dengan satu sen dan gandakan 100%. Pada kiraan yang ke 27, gandaan telah menjadi 1,342,177!!!!!  Apa bisnesnya ya?   Kata orang - projek perumahan!!!! Kata geng motivasi - Impian biar besar, tapi mulakan dengan kecil-kecilan. Kalau secara kecil-kecilan pun tak boleh nak mula, berdoalah agar Allah memberi kita hati yang baru - hati yang berjiwa besar!!!!. 

Ya, untuk pembesaran dan pelaburan jangka panjang yag baik, ada di sini.

Monday, June 18, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: SIDANG PARLIMEN BERMULA

Parlimen Iraq akan bersidang semula mulai minggu ini. Kita mengharapkan pelbagai resolusi pembaharuan ke atas sistem kewangan Iraq. Ada semacam perbezaan pendapat antara CBI dan pimpinan politik dalam menghadapi pembaharuan  sistem kewangan.

Saya pun rasa pelik kerana ada rakan penyimpan Dinar yang mengatakan RV pada bulan Jun ini.  Malah ada yang mengatakan mereka mendapat info  sahih dari Singapura bahwa RV pada bulan Ramadan ini. Ha ha.  Kalau betul, siapa nak marah. Wooo. Bagi saya  isu Bab 7 perlu diselesaikan terlebih dahulu, barulah  laluan ke RV semakin cerah.  Setakat ini, isu Bab 7 masih kelam lagi mahu diselesaikan. Dari bulan Mac beranjak ke Jun. Kemudian beranjak ke Disember pula. Naik letih kita dibuatnya. Sabar aja le.

Bagi sesiapa hendak mulakan satu bisnes kecil  bermodal tidak sampai RM 10K, samada di pejabat atau rumah, bolehlah melihat potensi  perubatan alternatif secara hideroterapi. Ianya berasal di German dan dimajukan melalui teknologi Taiwan. Mendapat sambutan hebat kerana berubat melalui mandian sahaja. Klik di sini.

Persiapan di bulan Ramadhan bagi selalu gastrik, baca ini.

Wednesday, June 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: DESAS DESUS YANG SYOK

Dalam proses menunggu RV Dinar Iraq, kekadang banyak berita atau desas desus yang semacam bahan gurauan sahaja.  Ada berita secara logiknya pun sudah kelihatan bohong. Ha ha. Tetapi rakan-rakan kita semacam nak percaya juga. Ya  lah, siapa yang tak mahu RV?  Woooo.

Bagi saya soal RV ini  straight forward sahaja. Macam RM atau Kyat yang diapungkan semula. Nilai RM  pada 2005 ialah RM 3.80  menaik sehingga ke RM 3.00 bagi setiap USD pada 2011.  Malah pernah seketika,  diramalkan  bakal  menaik semula ke RM 2.50  seperti  nilainya pada   awal tahun 1990an.  

Bagi kes tertentu khususnya matawang yang mempunyai angka yang besar seperti Zimbabwe dan Turki,  proses RV  sukar kita tentukan kesannya jika matawang ditukar  dan ada pula aksi membuang 3 atau 6 kosong dan di RV semula.  Bagi kes Turki, proses pertukaran matawang yang kecil angkanya mengambil masa lebih 6 tahun sehinggalah Turki hanya menggunakan satu matawang sahaja.  Salah satu syarat utama bagi negara yang  mahu menukar note matawangnya yang mempunyai angka yang besar  kepada  angka yang lebih kecil  sehingga membuang 6 kosong atau 3 kosong  ialah  negara itu  mesti menurunkan dan seterusnya mempertahankan  kadar inflasi tahunannya. Turki  diangap berjaya berbuat demikian tetapi Zimbabwe di katakan gagal. 

Indonesia pernah diura-urakan mahu mengecil notenya dengan membuang 3 kosong  atau 6 kosong kepada rupiahnya tetapi   pelbagai pendapat pro dan kontra dalam isu ini sehinggakan Indonesia belum bersedia melaksanakannya.  Akhirnya mereka bersetuju menjadi seperti Yen Jepun sahaja - angkanya besar juga. Yang penting pendapatan rakyat yang dinaikkan!!!!!

Cina dan Veitnam  dikatakan semakin menguat ekonomi dan  matawangnya. Ada orang yang menyimpan  matawang Veitnam, Dong.  Tetapi pemain forex selalu mengakan bahwa Jepun, Cina dan Veitnam adalah negara yang mengutamakan ekspot. Maka strateginya ialah melemahkan matawangnya supaya harga ekspotnya  sentiasa kompetetif atau berdaya saing dengan pihak lain. Maka pemain forex sentiasa mengambil strategi "buy" bagi pair USD/JPY.  

Cakap banyak pun tak guna, mari kita minum teh bersama. Kekadang lebih mudah bercakap dari menulis. Wooooo

Nota: Anda masih diberi peluang memberi idea apa bisnes untung RM 5 ribu sebulan. Ramai yang berminat mahu melaksanakannya. Ha ha.


Monday, June 11, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: BERI IDEA BISNES

Penyimpan  Dinar Iraq adalah  seorang pelabur jangka panjang. Kita mengharapkan pulangannya  seawalnya pada 2013, kerana genap 10 tahun matawang itu diperkenalkan sejak 2003. Dalam kes matawang Dinar Kuwait, ianya mengambil  masa 13 tahun  baru kembali ke nilai asal USD 3.30.

Lazimnya seseorang pelabur rasional mahukan pulangan 10% setahun. Jika sesuatu pelaburan itu melebehi 10%, maka pelaburan itu dikatakan yang terbaik. Orang melabur hanya keluar wang dan tunggu untung sahaja. Biar wang yang bekerja dan menjana wang.  Kalau boleh wang pokok  pelaburan adalah selamat, malah mahu dijamin selamat 100%.  Ha ha. 

Tetapi orang berniaga mampu menjana keuntungan bersih 10% sebulan.  Banyak bisnes kecil yang boleh untung bersih 10% sebulan. Hanya rajin tak rajin sahaja untuk berniaga. Chef Li  banyak mendedahkan perniagaan yang bermodal kecil  tetapi memberi keuntungan besar.  Yang penting tepat masa dan lokasi bisnesnya. 

Ramai graduan bertanya kepada saya apakah bisnes yang boleh memberi keuntungan RM 5,000 sebulan. Siapa yang dapat beri idea terbaik yang boleh dilaksanakan, saya  akan beri hadiah.  Hadiah terbaik ialah saham percuma dalam perniagaan itu. Ha ha. Emel kepada saya alifx59@gmail.com.  Dan siapa yang nak melabur dalam pernigaan ini pun diberi peluang.  Saya akan temukan sang pengusaha dan sang pelabur untuk membuat satu bisnes yang umph!!!

Persiapan nak raya, klik di sini.

Thursday, June 7, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: PESAN ROBERT KIYOSAKI

Ahad lalu, bengkel  metafizka  berjalan dengan seronoknya. Ramai yang mengukur aura dan tenaga masing-masing.  Tenaga "apungan" dinar pun diukur juga. Wau USD 3.00. Bila? Tak tau. Mana boleh menilik masa depan. Ha ha. Tenaga boleh diukur pada bila-bila masa kerana "tenaga" tersimpan di alam maya ini. Hanya kita sahaja yang tak nampak. 

Kenaikan  mata wang boleh diramal berdasarkan unjuran prestasi ekonomi. Apabila musim bola Euro 2012 berlangsung, maka matawang Euro pun  menguat. 4 tahun lalu pun macam itu juga. Musim Olimpik nanti, insyallah wang paun UK pula yang bakal menguat.  Tengoklah nanti. Kalau duit berjuta, mesti untung banyak. Tetapi setakat nak beli seratus dua paun, tak memadailah!!!! Woooo.

Pada minggu lepas, pakar pelaburan Robert Kiyosaki hadir memberi ceramah di bandar Sunway.  Antara pandangannya ialah:

1) Menjangka Krisis Ekonomi Global pada 2016

2) Peperangan dengan Iran dalam jangka masa 2 tahun kerana Iran tidak akan memberhentikan program nuklearnya.

3) Lima aset yang berharga semasa krisis: Emas, makanan, senjata, hartanah & tenaga (oil)

4) Sangat menitik beratkan pelepasan cukai dalam bisnes dan pembelian hartanah

5) Cara beliau menjana kekayaan: Income dari BISNES digunakan untuk pinjam duit beli HARTANAH. Cashflow dari hartanah disimpan dalam bentuk KOMODITI (gold/silver/oil). Tiada simpanan dalam bentuk tunai kerana beliau tidak lagi percaya kepada kestabilan wang kertas.

Mohon klik di sini.