Wednesday, June 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: DESAS DESUS YANG SYOK

Dalam proses menunggu RV Dinar Iraq, kekadang banyak berita atau desas desus yang semacam bahan gurauan sahaja.  Ada berita secara logiknya pun sudah kelihatan bohong. Ha ha. Tetapi rakan-rakan kita semacam nak percaya juga. Ya  lah, siapa yang tak mahu RV?  Woooo.

Bagi saya soal RV ini  straight forward sahaja. Macam RM atau Kyat yang diapungkan semula. Nilai RM  pada 2005 ialah RM 3.80  menaik sehingga ke RM 3.00 bagi setiap USD pada 2011.  Malah pernah seketika,  diramalkan  bakal  menaik semula ke RM 2.50  seperti  nilainya pada   awal tahun 1990an.  

Bagi kes tertentu khususnya matawang yang mempunyai angka yang besar seperti Zimbabwe dan Turki,  proses RV  sukar kita tentukan kesannya jika matawang ditukar  dan ada pula aksi membuang 3 atau 6 kosong dan di RV semula.  Bagi kes Turki, proses pertukaran matawang yang kecil angkanya mengambil masa lebih 6 tahun sehinggalah Turki hanya menggunakan satu matawang sahaja.  Salah satu syarat utama bagi negara yang  mahu menukar note matawangnya yang mempunyai angka yang besar  kepada  angka yang lebih kecil  sehingga membuang 6 kosong atau 3 kosong  ialah  negara itu  mesti menurunkan dan seterusnya mempertahankan  kadar inflasi tahunannya. Turki  diangap berjaya berbuat demikian tetapi Zimbabwe di katakan gagal. 

Indonesia pernah diura-urakan mahu mengecil notenya dengan membuang 3 kosong  atau 6 kosong kepada rupiahnya tetapi   pelbagai pendapat pro dan kontra dalam isu ini sehinggakan Indonesia belum bersedia melaksanakannya.  Akhirnya mereka bersetuju menjadi seperti Yen Jepun sahaja - angkanya besar juga. Yang penting pendapatan rakyat yang dinaikkan!!!!!

Cina dan Veitnam  dikatakan semakin menguat ekonomi dan  matawangnya. Ada orang yang menyimpan  matawang Veitnam, Dong.  Tetapi pemain forex selalu mengakan bahwa Jepun, Cina dan Veitnam adalah negara yang mengutamakan ekspot. Maka strateginya ialah melemahkan matawangnya supaya harga ekspotnya  sentiasa kompetetif atau berdaya saing dengan pihak lain. Maka pemain forex sentiasa mengambil strategi "buy" bagi pair USD/JPY.  

Cakap banyak pun tak guna, mari kita minum teh bersama. Kekadang lebih mudah bercakap dari menulis. Wooooo

Nota: Anda masih diberi peluang memberi idea apa bisnes untung RM 5 ribu sebulan. Ramai yang berminat mahu melaksanakannya. Ha ha.