Monday, June 11, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: BERI IDEA BISNES

Penyimpan  Dinar Iraq adalah  seorang pelabur jangka panjang. Kita mengharapkan pulangannya  seawalnya pada 2013, kerana genap 10 tahun matawang itu diperkenalkan sejak 2003. Dalam kes matawang Dinar Kuwait, ianya mengambil  masa 13 tahun  baru kembali ke nilai asal USD 3.30.

Lazimnya seseorang pelabur rasional mahukan pulangan 10% setahun. Jika sesuatu pelaburan itu melebehi 10%, maka pelaburan itu dikatakan yang terbaik. Orang melabur hanya keluar wang dan tunggu untung sahaja. Biar wang yang bekerja dan menjana wang.  Kalau boleh wang pokok  pelaburan adalah selamat, malah mahu dijamin selamat 100%.  Ha ha. 

Tetapi orang berniaga mampu menjana keuntungan bersih 10% sebulan.  Banyak bisnes kecil yang boleh untung bersih 10% sebulan. Hanya rajin tak rajin sahaja untuk berniaga. Chef Li  banyak mendedahkan perniagaan yang bermodal kecil  tetapi memberi keuntungan besar.  Yang penting tepat masa dan lokasi bisnesnya. 

Ramai graduan bertanya kepada saya apakah bisnes yang boleh memberi keuntungan RM 5,000 sebulan. Siapa yang dapat beri idea terbaik yang boleh dilaksanakan, saya  akan beri hadiah.  Hadiah terbaik ialah saham percuma dalam perniagaan itu. Ha ha. Emel kepada saya alifx59@gmail.com.  Dan siapa yang nak melabur dalam pernigaan ini pun diberi peluang.  Saya akan temukan sang pengusaha dan sang pelabur untuk membuat satu bisnes yang umph!!!

Persiapan nak raya, klik di sini.