Friday, July 29, 2011

DINAR IRAQ: ISYARAT RV

Walaupun isu Bab 7, PBB  telah ditarik balik ke atas Iraq pada akhir tahun lalu, tetapi pelaksanaannya masih belum disempurnakan. Kerajaan Kuwait dan Iraq masih lagi belum memuktamadkan penamatan isu ini. Lantaran itu, RV semcam terhambat dek isu ini. Saya turut khuatir, jika isu Bab 7, PBB ini  juga akan melambatkan penyertaan Iraq ke WTO pada November  akan datang.

Sahabat lama saya  Razali Jusoh al Kelantani mengatakan RV ibarat mati. Ha ha. Ianya semakin dekat tetapi tak diketahui bila masanya yang tepat. Wooo.

Perkembangan dan laporan ekonomi lazimnya dibuat setiap suku tahun, setengah tahun dan satu tahun. Maka kita akan melihat kemajuan untuk rv seperti itu juga. Tak mungkin  signal rv akan diperolehi pada setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan. Jika ada orang selalu bertanya bila rv pada saban hari, maka ianya satu yang diluar  kebiasaan!!!! Ha ha.

Sebab untuk RV ada kena mengena dengan kemajuan ekonomi Iraq. Antara indikatornya ialah kadar  pertumbuhan,  Keluaran Negara Kasar, kadar bunga, kadar pengangguran, jumlah hutang luar, jumlah simpanan dan lain-lain. Laporan suku tahun yang akan datang ialah pada  30hb September. Lazimnya laporan tersebut akan dikeluarkan 2 atau 3 bulan selepas itu. Maka bulan November atau Disember adalah bulan yang kita tunggu untuk mengetahui kekuatan ekonomi Iraq pada suku tahun ketiganya. Tambahan pula Iraq sudah berkira-kira dengan Bajet 2012 pula. Maka signal RV akan lebih jelas pada ketika itu. Jika RV lebih awal dari itu, kira bonuslah ya. Ha ha.

Seboleh mungkin saya akan memberi gambaran rv secara logik berdasarkan senario ekonomi Iraq dan bukannnya khabar angin di face book. Woooo. 

Baru balik dari Ghuangzo. Teh tarik tak ada di sana. Teh China sahaja. Boleh kurus bibbbb.

SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL MUBARAK. MOGA BERJUMPA MALAM LAILATUL QADR.  UTAMAKAN PERSEDIAAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN DARI AIDIL FITRI. IBADAH DI BULAN RAMADHAN SELAMA 30 HARI. AIDIL FITRI SATU HARI SAHAJA!!!! TETAPI MELAYU JADI "GILA" DI BULAN SYAAWAL SELAMA 30 HARI JUGA.  WOOOOOO


Wednesday, July 20, 2011

DINAR IRAQ: BUANG ATAU ANGKAT NILAI?

Seminggu yang lalu penuh dengan pelbagai berita yang memungkinkan kita bergembira dan mungkin juga  kita akan bersedih. Isu penilaian semula (RV) dan  redenominasi (pengecilan matawang)  membawa pelbagai tafsiran dan kemungkinan. Yang memeningkan kita ialah apabila sumber berita  itu  dikatakan dari Bank Negara Iraq (CBI), tetapi kemudiannya dinafikan oleh Bank Negara Iraq sendiri.  Tambah pelik lagi  ialah yang selalu buat kenyataan ialah Penasihat CBI dan bukannya dari Gabenor CBI itu sendiri.  Antara kedua orang  ini, kekadang infonya adalah bertentangan pula. Yang pening tentulah kita yang dok menanti bulan jatuh ke riba. Ramai yang dah krititikal, yang "sosak"  hendak menyambut raya, yang nak kahwin, yang nak ke Eropah dan bersedia hendak ke Brazil.  Wooo

Pada 22 Jun lalu, Bank Negara Iraq mengumumkan dan  membuat keputusan untuk menyusun semula mata wang tempatan dalam usaha untuk membangunkan sistem pembayaran di negara ini.  IMF pula akan memberi  sokongan   kepada   Iraq  sekiranya Iraq  mengambil   tindakan  strategik ekonomi termasuk penswastaan ​​bank-bank, " menaikkan tiga sifar" daripada mata wangnya  dan membayar  hutang dan pampasan perang.  

Isu  3 kosong  pada Dinar Iraq menimbulkan kekeliruan kerana ayat yang sering digunakan ialah "remove" 3 zero atau "raise" 3 zero.  "Remove" lebih ke arah membuat note baru yang kecil atau redenominasi. Jika "raise"  pula,  lebih ke arah meningkatkan nilai dinar, misalnya dari 1,000 dinar bersamaan USD 1.00 akan menjadi nilai  baru yang lebih kuat  iaitu 1 Dinar bersamaan USD 1.00.

Jika Iraq hendak kuatkan ekonominya, supaya bank komersil Iraq tidak bankrap, agar Ameika tak rugi,  dan demi penyimpan Dinar Malaysia  tidak berputeh mata, maka tindakan yang sepatutnya dibuat oleh Iraq ialah "raise" 3 zero - mengangkat 3 kosong pada dinarnya - yang membawa maksud dalam istilah ekonomi - meningkatkan nilai matawang Dinarnya. Moga moga ini yang terjadi. Jika tidak, satu malapetaka dunia  yang baru akan melanda di awal abad 21  selepas Greece bankrap!!!!.







Saya bercuti ke Ghuangzhoo mulai 23 hb ini. Wooo. Pandai-pandailah  kau orang menjaga diri. Jangan gantung diri di pokok tauge sudah le!!!!. Woooo

Wednesday, July 13, 2011

DINAR IRAQ: BILA MAHU APUNG DAAA...

Saya sering ditanya "apa perkembangan dinar". Ini soalan yang terlalu mudah dijawab. Jawapanya  ialah  samada sudah apung atau belum apung, Ha ha. Yang banyak perkembangan ialah ekonomi Iraq. Kehidupan mestilah terus berjalan dan berkembang  setiap hari. Jika nak tahu perkembangan Iraq, bacalah sesawang yang telah saya sebutkan dalam blog ini sebelum ini. Woo

Soalan lain yang sering juga ditanya ialah bilakah dinar akan diapungkan. Soalan ini pun telah saya jawab banyak kali dalam blog ini. Saya tak tahu bila tarikh tepatnya tetapi berdasarkan ilmu setakat sekolah atap di Gemencheh dahulu, saya menjangkakan tarikh apungan  pada 3 situasi  berikut:

Pertama: Sebelum November 2011 - iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi menyertai WTO. Iraq dikatakan akan menyertai WTO pada November  ini. Maka dalam tempoh 4 bulan ini,  bila-bila masa sahaja dinar boleh diapungkan sepatutnya. Tak pelik hal ini  kerana CBI telah pun menghantar cadangan revalue dan redenominasi kepada jemaah menteri pada awal Jun lalu. Terpulanglah kepada jemaah menteri mahu meluluskan dengan segera atau  tidak. Jika cepat alhamdulilllah. Jika lambat, haram jadah bak kata orang Melaka. Wooo.  Atau:

Kedua - Apabila pengeluaran minyak Iraq mencecah 4 juta tong sehari. Ketika nilai dinar bersamaan USD 0.30  pada 2003, pengeluaran minyak adalah 4 juta tong sehari. Pada masa itu harga minyak mungkin tak sampai USD 50.00 setong.  Adalah dijangka Iraq akan mencecah pengeluaran minyak 4 juta tong sehari pada tahun 2012. Tak tahulah samada pada awal tahun atau pertengahan tahun atau di akhir tahun.  Kini harga minyak  adalah melebehi USD 100.00 setong. Mungkin pada tahun 2012, harganya akan melebehi paras tersebut. Dengan ini Iraq akan  lebih kaya dari tahun 2003 kerana jumlah pengeluaran minyaknya pada tahap yang sama tetapi pada harga yang lebih tinggi dua kali ganda. Mengikut hukum ekonomi dan kewangan, nilai matawang sesuatu negara itu akan naik selaras dengan pendapatan dan kekuatan ekonominya. Maka adalah satu yang pelik jika nilai dinar tak naik ketika Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke tahap asalnya semula  seperti  pada tahun 2003. Jika tak naik juga pada ketika itu nanti, saya cadangkan kita buat demo di hadapan kedutaan Iraq di  Kuala Lumpur. Ha ha. Ridzuan dan Roslan Genting boleh memimpin demo ini. Wooo. Atau :

Ketiga - Pada tahun 2013, selaras dengan teori  Pusingan Ekonomi 10 Tahun. Dinar jatuh pada 2003. Akan naik semula selepas 10 tahun pada 2013. Banyak situasi ekonomi berlaku secara pusingan selama  10 tahun. Betul ke tak betul, kita tunggu sahajalah ya. Ha ha. Jika betul tak kena bayar. Jika salah tak kena saman. Wooo.

Bagi sesiapa yang tak tahan menanti, saya tak ada ubatnya. Saya boleh tahan sehingga 2013 kerana itu adalah umur pencen saya. Jika tak meletup juga pada tahun 2013, maka saya akan  beli tiket ke Baghdad untuk minum teh bersama  P. Ramli dan 40 orang penyamun di sana. Atau habiskan wang dinar  dengan  makan kebab pun boleh juga.  Ha ha. Jangan mare...Moga-moga tak ada orang yang membakar dinar dan kemudian berkata 'puas hati aku". Wooooo.



Friday, July 8, 2011

DINAR IRAQ: IRAQ TERBITKAN BON

Iraq dijangka akan menerbitkan bon pada awal tahun hadapan. Kali terakhir Iraq menjual bon ialah pada tahun 2006. Sesebuah  negara yang mampu menerbitkan bon adalah kerana keyakinan kepada prestasi ekonominya dan kemampuannya untuk menjelaskan hutang luarnya.

Iraq berjaya mengurangkan hutang luarnya sebanyak USD 135 bilion pada 2003 ke USD 40 bilion pada masa kini. Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa  bagi Iraq  sehingga dikatakan Iraq adalah negara kedua tertinggi kadar pertumbuhanya selepas Qatar berbanding dengan  negara-negara lain  di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.  Maka tidak hairanlah IMF begitu yakin dengan ekonomi Iraq. Berita  ini amat baik untuk faktor ke arah RV. Woooo

Jika pada tahun 2003, 4000 Dinar bersamaan USD 1.00 dan pada 2006 telah mencapai nilai 1200 Dinar bersamaan USD 1.00, mengapakah nilai dinar seperti tidak berubah sehingga sekarang?. Jika mengikut kadar kenaikan secara puratanya, maka nilai dinar kini sepatutnya adalah  1 Dinar bersamaan USD 1.00.  Soalnya mengapa ini tidak berlaku walhal ekonomi Iraq semakin baik. Kadang-kadang rasa nak belangkong kepala Gabenor Bank Negara Iraq ini. Ha ha ha.

Hiburan menanti RV klik di sini.


Monday, July 4, 2011

DINAR IRAQ: NOTE BARU?

Menurut Dekan Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi,  Universiti Baghdad, Alaa Farhan, pertukaran matawang Iraq jika dibuat, ianya  tidak akan memberi kesan kepada nilainya kerana nilai matawang Iraq adalah bergantung dan berkait  dengan pembangunan ekonomi Iraq  itu sendiri.

Sebab utama matawang Iraq itu akan  ditukar  nanti  adalah kerana hendak mempastikan saiz matawang dan kualiti kertas matawang  itu boleh digunakan di mesin ATM. 

Sementara itu ada seorang jurucakap  Bank Negara Iraq mengatakan  bahwa CBI akan berusaha membuang 3 kosong dari matawang Iraq dalam tempoh segera dan paling lewatnya pada akhir Jun 2012. Apakah maksud membuang 3 kosong ini masih  tidak jelas lagi dari segi modus operandinya. Adakah kerana mahu menaikkan nilai dinar dari 1,170 ke 1.17 Dinar bersamaan USD 1.00   atau hendak menjadikan  25,000 Dinar ke 25 Dinar melalui matawang dinar yang baru. Ramai yang beranggap pilihan yang paling betul ialah menaikkan nilai Dinar dari 1,170  Dinar ke 1.17 Dinar bersamaan USD 1.00.  Pendapat  ini sama dengan pendapat Alaa Farhan, Dekan Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi, Universiti Baghdad.