Walaupun isu Bab 7, PBB telah ditarik balik ke atas Iraq pada akhir tahun lalu, tetapi pelaksanaannya masih belum disempurnakan. Kerajaan Kuwait dan Iraq masih lagi belum memuktamadkan penamatan isu ini. Lantaran itu, RV semcam terhambat dek isu ini. Saya turut khuatir, jika isu Bab 7, PBB ini juga akan melambatkan penyertaan Iraq ke WTO pada November akan datang.
Sahabat lama saya Razali Jusoh al Kelantani mengatakan RV ibarat mati. Ha ha. Ianya semakin dekat tetapi tak diketahui bila masanya yang tepat. Wooo.
Perkembangan dan laporan ekonomi lazimnya dibuat setiap suku tahun, setengah tahun dan satu tahun. Maka kita akan melihat kemajuan untuk rv seperti itu juga. Tak mungkin signal rv akan diperolehi pada setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan. Jika ada orang selalu bertanya bila rv pada saban hari, maka ianya satu yang diluar kebiasaan!!!! Ha ha.
Sebab untuk RV ada kena mengena dengan kemajuan ekonomi Iraq. Antara indikatornya ialah kadar pertumbuhan, Keluaran Negara Kasar, kadar bunga, kadar pengangguran, jumlah hutang luar, jumlah simpanan dan lain-lain. Laporan suku tahun yang akan datang ialah pada 30hb September. Lazimnya laporan tersebut akan dikeluarkan 2 atau 3 bulan selepas itu. Maka bulan November atau Disember adalah bulan yang kita tunggu untuk mengetahui kekuatan ekonomi Iraq pada suku tahun ketiganya. Tambahan pula Iraq sudah berkira-kira dengan Bajet 2012 pula. Maka signal RV akan lebih jelas pada ketika itu. Jika RV lebih awal dari itu, kira bonuslah ya. Ha ha.
Seboleh mungkin saya akan memberi gambaran rv secara logik berdasarkan senario ekonomi Iraq dan bukannnya khabar angin di face book. Woooo.
Baru balik dari Ghuangzo. Teh tarik tak ada di sana. Teh China sahaja. Boleh kurus bibbbb.
SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL MUBARAK. MOGA BERJUMPA MALAM LAILATUL QADR. UTAMAKAN PERSEDIAAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN DARI AIDIL FITRI. IBADAH DI BULAN RAMADHAN SELAMA 30 HARI. AIDIL FITRI SATU HARI SAHAJA!!!! TETAPI MELAYU JADI "GILA" DI BULAN SYAAWAL SELAMA 30 HARI JUGA. WOOOOOO
SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL MUBARAK. MOGA BERJUMPA MALAM LAILATUL QADR. UTAMAKAN PERSEDIAAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN DARI AIDIL FITRI. IBADAH DI BULAN RAMADHAN SELAMA 30 HARI. AIDIL FITRI SATU HARI SAHAJA!!!! TETAPI MELAYU JADI "GILA" DI BULAN SYAAWAL SELAMA 30 HARI JUGA. WOOOOOO