Saya sering ditanya "apa perkembangan dinar". Ini soalan yang terlalu mudah dijawab. Jawapanya ialah samada sudah apung atau belum apung, Ha ha. Yang banyak perkembangan ialah ekonomi Iraq. Kehidupan mestilah terus berjalan dan berkembang setiap hari. Jika nak tahu perkembangan Iraq, bacalah sesawang yang telah saya sebutkan dalam blog ini sebelum ini. Woo
Soalan lain yang sering juga ditanya ialah bilakah dinar akan diapungkan. Soalan ini pun telah saya jawab banyak kali dalam blog ini. Saya tak tahu bila tarikh tepatnya tetapi berdasarkan ilmu setakat sekolah atap di Gemencheh dahulu, saya menjangkakan tarikh apungan pada 3 situasi berikut:
Pertama: Sebelum November 2011 - iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi menyertai WTO. Iraq dikatakan akan menyertai WTO pada November ini. Maka dalam tempoh 4 bulan ini, bila-bila masa sahaja dinar boleh diapungkan sepatutnya. Tak pelik hal ini kerana CBI telah pun menghantar cadangan revalue dan redenominasi kepada jemaah menteri pada awal Jun lalu. Terpulanglah kepada jemaah menteri mahu meluluskan dengan segera atau tidak. Jika cepat alhamdulilllah. Jika lambat, haram jadah bak kata orang Melaka. Wooo. Atau:
Kedua - Apabila pengeluaran minyak Iraq mencecah 4 juta tong sehari. Ketika nilai dinar bersamaan USD 0.30 pada 2003, pengeluaran minyak adalah 4 juta tong sehari. Pada masa itu harga minyak mungkin tak sampai USD 50.00 setong. Adalah dijangka Iraq akan mencecah pengeluaran minyak 4 juta tong sehari pada tahun 2012. Tak tahulah samada pada awal tahun atau pertengahan tahun atau di akhir tahun. Kini harga minyak adalah melebehi USD 100.00 setong. Mungkin pada tahun 2012, harganya akan melebehi paras tersebut. Dengan ini Iraq akan lebih kaya dari tahun 2003 kerana jumlah pengeluaran minyaknya pada tahap yang sama tetapi pada harga yang lebih tinggi dua kali ganda. Mengikut hukum ekonomi dan kewangan, nilai matawang sesuatu negara itu akan naik selaras dengan pendapatan dan kekuatan ekonominya. Maka adalah satu yang pelik jika nilai dinar tak naik ketika Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke tahap asalnya semula seperti pada tahun 2003. Jika tak naik juga pada ketika itu nanti, saya cadangkan kita buat demo di hadapan kedutaan Iraq di Kuala Lumpur. Ha ha. Ridzuan dan Roslan Genting boleh memimpin demo ini. Wooo. Atau :
Ketiga - Pada tahun 2013, selaras dengan teori Pusingan Ekonomi 10 Tahun. Dinar jatuh pada 2003. Akan naik semula selepas 10 tahun pada 2013. Banyak situasi ekonomi berlaku secara pusingan selama 10 tahun. Betul ke tak betul, kita tunggu sahajalah ya. Ha ha. Jika betul tak kena bayar. Jika salah tak kena saman. Wooo.
Bagi sesiapa yang tak tahan menanti, saya tak ada ubatnya. Saya boleh tahan sehingga 2013 kerana itu adalah umur pencen saya. Jika tak meletup juga pada tahun 2013, maka saya akan beli tiket ke Baghdad untuk minum teh bersama P. Ramli dan 40 orang penyamun di sana. Atau habiskan wang dinar dengan makan kebab pun boleh juga. Ha ha. Jangan mare...Moga-moga tak ada orang yang membakar dinar dan kemudian berkata 'puas hati aku". Wooooo.