Seminggu yang lalu penuh dengan pelbagai berita yang memungkinkan kita bergembira dan mungkin juga kita akan bersedih. Isu penilaian semula (RV) dan redenominasi (pengecilan matawang) membawa pelbagai tafsiran dan kemungkinan. Yang memeningkan kita ialah apabila sumber berita itu dikatakan dari Bank Negara Iraq (CBI), tetapi kemudiannya dinafikan oleh Bank Negara Iraq sendiri. Tambah pelik lagi ialah yang selalu buat kenyataan ialah Penasihat CBI dan bukannya dari Gabenor CBI itu sendiri. Antara kedua orang ini, kekadang infonya adalah bertentangan pula. Yang pening tentulah kita yang dok menanti bulan jatuh ke riba. Ramai yang dah krititikal, yang "sosak" hendak menyambut raya, yang nak kahwin, yang nak ke Eropah dan bersedia hendak ke Brazil. Wooo
Pada 22 Jun lalu, Bank Negara Iraq mengumumkan dan membuat keputusan untuk menyusun semula mata wang tempatan dalam usaha untuk membangunkan sistem pembayaran di negara ini. IMF pula akan memberi sokongan kepada Iraq sekiranya Iraq mengambil tindakan strategik ekonomi termasuk penswastaan bank-bank, " menaikkan tiga sifar" daripada mata wangnya dan membayar hutang dan pampasan perang.
Isu 3 kosong pada Dinar Iraq menimbulkan kekeliruan kerana ayat yang sering digunakan ialah "remove" 3 zero atau "raise" 3 zero. "Remove" lebih ke arah membuat note baru yang kecil atau redenominasi. Jika "raise" pula, lebih ke arah meningkatkan nilai dinar, misalnya dari 1,000 dinar bersamaan USD 1.00 akan menjadi nilai baru yang lebih kuat iaitu 1 Dinar bersamaan USD 1.00.
Jika Iraq hendak kuatkan ekonominya, supaya bank komersil Iraq tidak bankrap, agar Ameika tak rugi, dan demi penyimpan Dinar Malaysia tidak berputeh mata, maka tindakan yang sepatutnya dibuat oleh Iraq ialah "raise" 3 zero - mengangkat 3 kosong pada dinarnya - yang membawa maksud dalam istilah ekonomi - meningkatkan nilai matawang Dinarnya. Moga moga ini yang terjadi. Jika tidak, satu malapetaka dunia yang baru akan melanda di awal abad 21 selepas Greece bankrap!!!!.
Saya bercuti ke Ghuangzhoo mulai 23 hb ini. Wooo. Pandai-pandailah kau orang menjaga diri. Jangan gantung diri di pokok tauge sudah le!!!!. Woooo