Sejak cerita tanah dikeluarkan dalam blog ini, ramai pula yang mengsms kepada saya untuk menjual tanah. Tetapi, kekadang butiran tanah yang mahu dijual tak lengkap. Ha ha. Macam mana nak promote. Namun ada seorang sahabat kita di Kelantan telah membangun blog khas untuk menjual tanah di Kelantan. Baca di sini. Orang Kelantan bolehlah menjengahnya.
Menurut khabarnya, kabinet Iraq sedang menderaf rang undang-undang meluluskan bayaran gantirugi sebanyak USD 300 juta kepada Syarikat Penerbangan Kuwait. Mungkin ini sebahagian pampasan yang dituntut oleh Kuwait atas perang 1990. Rasanya banyak lagi yang Iraq kena bayar. Rundingan masih berjalan untuk menamatkan isu ini. Katanya, Maliki mahu selesaikan masaalah ini dalam tahun inu juga dan sebolehnya sebelum Jun 2012. Selepas itu, kita berharap nilai Dinar akan berubah. Jika tidak USD 1.00, kita harap USD 0.30. Woooo.
Logiknya, jika pada 2003, nilai Dinar ialah 4,000 Dinar bersaman USD 1.00, dan meningkat kepada 1,170 Dinar pada 2009, mengapa pula sejak 2009 hingga kini nilai Dinar tidak berubah kepada USD 1.00? Jika perubahan itu konsisten seperti 6 tahun pertama sejak 2003, maka logiknya nilai Dinar kini adalah bersamaan USD 1.00. Semacam ada sesuatu yang tak kena kepada dasar kewangan Iraq. Apa, mereka tak mahu kita jadi jutawan ke. Kesian le kat kekawan kita yang nak pencen segera. Ha ha. Isa dari Gemenceh pun sudah ready menggantung pisau torehannya. Malah ada yang mahu kahwin dengan janda muda jika Dinar meletup. Terpaksa pi memancing untuk melupakan janda muda, katanya. Woooo.
PRODUK BAIK, BISNES PUN BAIK. KLIK DI SINI
PRODUK BAIK, BISNES PUN BAIK. KLIK DI SINI