Beberapa hari lalu isu pembuangan 3 kosong ke atas dinar Iraq muncul semula. Kita masih celaru apakah maksud pembuangan 3 kosong ini. Adakah ianya membawa maksud 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD. Kini nilainya adalah 1,161 Dinar = 1 USD. Atau pihak CBI akan memperkenalkan note baru yang tiada 3 kosong, misalnya 25000 akan jadi 25 sahaja. Dengan ini matawang Dinar lama akan bersamaan dengan Dinar baru, misalnya 25,000 Dinar lama akan bersamaan 25 Dinar baru. Tempoh penggunaan Dinar lama akan diizinkan sehingga satu jangka masa yang ditentukan misalnya 1 ke 3 tahun. Turki adalah negara yang pernah melakukan perkara ini.
Selepas Dinar lama ditarik kesemuanya dari pasaran dalam tempoh yang ditetapkan, barulah selepas itu agaknya dinar mula diapungkan. Jika ini berlaku, maka ianya tidak memberi keuntungan yang lumayan kepada kita semua. Rakyat Amerika mesti mengamuk punya. Wooo. Yang kita mahu ialah Dinar itu diapungkan dahulu, kemudiannya barulah ditukar kepada note baru!!!. Jika ini yang berlaku, barulah kita menjadi OKB - Orang Kaya Baru. Ha ha.
Apa pun, kita nantikanlah Sementara itu, buatlah kerja macam biasa. Rais Gemas boleh buka restoran tomyam yang baru lagi. Biar tambah restoran jadi empat. Jangan tambah isteri jadi empat. Kok terbang periuk belanga. Ha ha. Jangan mare.