Kita menunggu Dinar Iraq diapungkan tetapi yang bakal terapung pada esok, 1 April ialah matawang Burma, kyat. Kyat diikat dari pasaran sejak 1977. Akhirnya Burma terpaksa menerima liberalisasi ekonomi dengan mengapungkan matawang kyatnya. Kadar pertukaran rasmi kerajaan Burma ialah 8.5 kyat = 1 USD tetapi rate black market ialah 850 kyat bersamaan 1 USD. Maka kita tak tahu apakah rate apungannya pada Isnin, 2 April nanti. Saya tak menjual kyat. Ha ha. Dikatakan ramai yang menjual 5,000 kyat bersamaan dengan harga RM 70.00 di Malaysia sekarang. Jika apungan pada 8.5 kyat bersamaan 1 USD, ramailah yang kaya. tetapi jika diapungkan pada 850 kyat bersamaan 1 USD, maka ramailah yang papa pula, termasuklah saya. Woooo.
Bagi sesiapa ada wang ratusan ribu, boleh beli wang kyat. Jika naik 1 sen USD, sahaja, sudah untung banyak.
Burma lambat mengapungkan matawangnya kerana kerajaannya diperintah oleh regim tentera yang tertutup sistem politik dan sistem ekonominya. Jika sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi bebas, maka sistem ekonominya pun bersifat terbuka. Maka tak dapat tidak, jika matawangnya diikat, maka ianya akan diapungkan juga pada satu masa nanti. Janganlah khuatir, Iraq yang memang seebuah negara demokrasi dan mengamalkan ekonomi terbuka, tetap akan mengapungkan matawangnya. ia tidak akan lama seperti Burma kerana Burma adalah regim tertutup.
Persidangan Arab yang sedang berlangsung di Baghdad membawa harapan baru. Kuwait berjanji akan menamatkan bab 7 ke atas Iraq.