Salah satu kehebatan negara Iraq ialah adanya sebuah kota bernama Najaf. Ia merupakan pusat ilmu, bukan sahaja untuk Iraq tetapi sekaligus untuk Timur Tengah. Ramai ulama besar lahir di sini. Antaranya Almarhum Imam Khomeini yang ditakuti oleh Amerika dan Almarhum Fadhlullah Husein, bekas ketua Hizbullah Lubnan yang ditakuti oleh Israel.
Apa sahaja yang diucapkan oleh Imam Khomeini dan Fadhlullah Husein akan dianalisa dan direspon oleh Amerika. Ketika Fadhlullah Husien meninggal dunia pada Julai 2010, ada seorang wartawan barat memuji peribadi Fadhlullah Husien. Amerika terus mengambil tindakan dengan mengarah majikannya memecat wartawan tersebut. Puji Fadhlullah pun Amerika takut wei.
Pandangan Fadhlulah samada melalui khutbah jumaat, kuliah, tulisan atau wawancara dengan beliau - mengkagumkan ummat Islam dan penganut ugama lain. Kepimpinannya di Lubanan dihormati dan diterima oleh rakyat Lubnan tanpa mengira ugama, bangsa, mazhab dan ideologi politik. Perjuangannya melangit dan membumi. Malah pimpinan negara Lubnan sentiasa akur dengan pandangan Fadhlullah Husin. Mengapa dan apa rahsianya. Hari Selasa depan, saya bagi tau. Sekarang mau makan mee bandung di bawah opis saya dulu. Ada orang nak belanja. Wooo