Semalam 1 April, saya tak menulis di blog ini kerana takut dikatakan sebagai April Foll, walaupun budaya April Fool itu mengarut!!!
2013 adalah tahun mendebarkan kita selaku penyimpan Dinar Iraq. Ada dua kemungkinan besar yang bakal kita hadapi dan hendaklah bersedia sepanjang masa. Ha ha. Tetapi janganlah sampai tak tidur malam pula.
Pertama, Iraq semacam sudah bersedia menilai semula nilai pertukaran dinarnya dengan matawang asing. Kini, pihak berkuasa kewangan Iraq sendiri bercakap soal ini. Mereka sedang memperkukuhkan asas ekonominya untuk membolehkan nilai dinar naik setara dengan taraf ekonomi semasanya.
Kedua, Iraq mahu menukar kepada note barunya yang dikatakan lebih berteknologi tinggi. Tidak pula disebutkan soal note yang dibuang 3 kosong. Dikatakan Iraq memberi tempoh masa selama 3 bulan untuk note sedia ada ditukarkan. Selepas itu, pertukaran boleh dilakukan terus ke bank dengan setiap orang yang menukarnya perlu mencap jari. Ha ha. Apa macam bib, terpaksa pergi ke Iraqlah kita ya. Jangan khuatir, agen kita akan membereskan soal teknikal kita. Yang memiliki dinar kenalah berhubung semula dengan agent masing-masing. Wooo. Kok agen dah lesap. Ha ha. Bagi pembeli dinar dari blog ini, saya masih menyimpan no talipon anda, kecuali mereka yang selalu tukar no hp. Ada orang yang sering tukar no hp kerana depa tak berani tukar isteri. Woooo.
Apapun saya berharap rakan penyimpan Dinar janganlah panik apabila sampai masa pertukaran itu dikehendaki nanti. Rakyat US lagi berbilion dinar yang dimilikinya. Tentu ada satu cara yang teratur akan dirangka bagi memelihara kepentingan pemilik Dinar Iraq. Tambahan pula, di Mekah pun Dinar Iraq sudah dijual.
Akhir sekali, pesan saya, jaga ancaman HP anda. Baca di sini.