Thursday, April 18, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: MASANYA SUDAH TIBA

Akhirnya yang ditunggu-tunggu tiba jua. Lima tahun daku menunggu. Bukan RVlah bib. Tetapi hari mengundi. 5 Mei ini kita  akan mengundi untuk mendapat kerajaan baru.  Hutang PTPTN dan harga minyak akan diturunkan. Lebih mewah dari BRIM bib. Syaratnya undilah PR. Baju lama kena diganti bib. Tak sedap langsung memakainya.  Woooo.

Saya sibuk di Tampin, kampong lamanku. Nak kena semak borang pencalonan kerana kawan-kawanku yang bertanding. Maklomlah ada pengalaman bertanding dua kali. Woooo.

Beberapa hari terakhir ini, Iraq semacam sibuk untuk mengeluarkan note note dinar yang berangka kecil dengan membuangkan 3 kosong. Mereka bercadang melaksanakan pada awal 2014.  Saya masih tidak mendapat gambaran  jelas  berapakah nilai sebenarnya jika dibanding dengan nilai USD, selepas note itu ditukar. Dan berapa pula nilai note baru yang bakal diperolehi dengan menukar note yang sedia ada pada masa kini. Suspen.

Oleh kerana saya sibuk dengan kempen pilihan raya,  saya tidak berapa kerap muncul di blog ini.  Yang saya boleh hiburkan saudara hanyalah dengan mengajak untuk merasa  nikmat catuba, perangsang sang anak jantan.  Ha ha. Kalau awang tu tak boleh berkhidmat dengan baik, bukan anda sahaja kecewa, tetapi orang sebelah pun masam muka. Wooo. Baca ini.