Yang gila nak jadi calon pilihan raya, tak boleh tidur malam kerana menunggu pembubaran parlimen oleh PM Najib. Biarlah depa syok dengan kerja itu. Jika tak ada orang gila nak jadi calon, tak ada pula orang yang nak bertanding dalam PRU 13 nanti. Wooo. Bagi kita, undi kita suami isteri akan dibahagi dua. Satu untuk PR dan satu untuk BN. Biar depa menang atau kalah sikit. Ha ha. Barulah yang menang akan takut kepada rakyat dan yang kalah, tetap bersemangat dalam politik lagi. Wooo.
Kita pula tetap bersemangat. Semangat apa. Semangat RVlah. Ha ha. Jika tak bersemangat, nanti semua saraf kita lemah. Jika saraf lemah, bahaya bib. Kok hilang syurga dunia. Jenuhlah minum catuaba. Ha ha. Jika nak minum, kena minum sekarang. Jika minum pada bulan puasa, ada sikit bahaya. Kok kena denda puasa 60 hari. Maklomlah "awang" tu bukan boleh dikawal jika dah nak mengamuk. Wooo.
Kini, hubungan Iraq dan Kuwait intim, harmoni dan mesra sekali. Kuwait sudah banyak bertolak ansur dan puas hati dengan Iraq. Isu chapter 7, macam boleh dibereskan. Jika isu ini beres, masa depan dinar pun semakin mudah dan cerah. Jika kita baca berita-berita dari US, lagi gila kita dengan Dinar Iraq. Macam esok sahaja akan RV. Ratenya pula sampai USD 3.40. Wooo. Boleh tak tidur malam dibuatnya. Bagi saya, tetap dengan matlamat USD 0.30.
Dalam beberpa minggu terakhir ini, berita di Iraq amat positif sekali berkaitan dengan sistem perbankannya. Bank Iraq sedang mengemaskini dan mengupgradekan sistem banknya supaya bertaraf internasional. Sebagai sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia, Iraq wajar memodenkan sistem banknya. Ianya akan memberi keyakinan kepada dunia dan sekaligus menaikan nilai Dinar Iraq. Itulah harapan anak Malaysia yang menyimpan Dinar. Wooooo.
Stok dinar adalah sikit-sikit lagi untuk dikongsi.