Berita dan cadangan penghapusan tiga kosong kepada Dinar Iraq memberi kesan kepada ekonomi Iraq khususnya turun naik harga barangan makanan di sana. Rakyat memberi respon samada membeli atau menjual emas serta mahu menyimpan US dollar atau dinar.
Agaknya mereka pun macam kita juga, dok berhujah samada pembuangan 3 kosong ini akan manaikkan atau menjatuhkan nilai Dinar. Logiknya sesuatu tindakan ekonomi oleh sesebuah negara mestilah menguntungkan rakyatnya. Kini, yang merisaukan kerajaan Iraq ialah inflasi. Tak guna gaji naik atau matwang naik, jika harga barang terus naik!
Di Malaysia kini pun, jika makan tengahari, kosnya sudah naik sekali ganda. Dula, makan tengahari di resoran biasa antara RM 3 ke RM 4 sahaja, tetapi kini paling jimatpun RM 8.00. Maka tak hairanlah jika ada yang tak sabar-sabar, malah ada yang marah-marah - mengapalah dinar tak naik-naik. Woooo.