Beberapa kenyataan dari juru cakap CBI dan Penasihat Ekonomi PM Iraq, dapatlah dirumuskan seperti berikut:
1. Nilai Dinar wajar dinaikkan ke paras paling kurang ke tahap USD 1.00
2. Note baru perlu diperkanalkan dengan cadangan note yang paling besar ialah 20 Dinar
3. Proses menukar note sedia ada ke note baru memerlukan bajet yang amat besar
4. Iraq kena berhati-hati dengan pegawai yang akan salah guna kuasa, rasuah, ketidakcekapan dalam proses menukar ke matawang baru bagi megelakkan maatawang palsu.
5. Proses kenaikan nilai Dinar adalah selaras dengan kenaikan ekonomi Iraq
6. Proses mendidik rakyat menerima note baru memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun.
Ya, bagi kita proses apungan dilihat secara mudah iaitu dengan menunggu pengistiharan dari CBI - bahawa mulai hari ini nilai dinar diistiharkan bersamaan dengan USD 1.00. Ha ha, tidak sebegitu rupanya. Mereka kena menimbang banyak faktor.
Apa pun yang pasti, semua mengaku bahwa nilai dinar perlu dinaikkan. Soalnya bila? Ramai yang sudah tak sabar hendak pencen, tak sanggup menunggu umur 60 tahun. Sementara itu, eloklah berjinak-jinak dengan peluang baru di sini.