Pada tahun lalu, peramal ekonomi mengatakan Bajet Iraq 2012 akan surplus kerana harga minyak sekitar USD 115.00 setong. Tetapi kini harga minyak dijangka setakat USD 85.00 sahaja. Maka Iraq akan mengalami defisit dalam bajetnya pada tahun 2012. Ini adalah satu faktor yang menangguhkan RV kepada dinarnya.
Jika Iraq berjaya meningkatkan pegeluaran minyak secara agresif ke 4 juta tong sehari, maka harapan RV adalah cerah. Pada akhir tahun ini dijangka Iraq akan mengeluarkan minyak ke 3 juta tong sehari.
Dalam masa yang sama, Iraq perlu membenteras rasuah dan meningkatkan kecekapaan dalam urus tadbirnya. Jika tidak, dunia luar lambat melabur secara agresif ke Iraq.
Tugas kita yang menyimpan dinar ialah mendoakan agar Iraq segera makmor ekonominya!!!!
Sementara itu kita boleh mengeteh di mana yang patut. Wooo. Jika rezki, sesaat pun Allah tak tangguhkan!!!!