Kita bekerja setiap hari. Kita bekerja berterusan untuk memastikan pendapatan kita berterusan. Yang sudah jadi jutawan pun bekerja berterusan!!! Kalau tidak wang segunung pun akan tehakis jika dicangkul setiap hari.
Begitu juga dengan melabur. Kita akan terus melabur. Kita sentiasa meneroka peluang pelaburan baru. Kita mahu pelbanyakkan sumber kemasukan wang dari pelaburan kita. Apabila sumber masuk dari pelaburan kita melebehi pendapatan dari pekerjaan kita, barulah boleh nak pencen kerja. Ha ha. Hanya kena bijak memilih bidang pelaburan yang hendak kita ceburi. Kalau tidak - meleburlah kita. Kok tenggelam, tak timbul-timbul, nanyalah kita. Kok boleh bangkit semula - legalah kita, bak kata orang Kedah. Wooo.
Dalam dunia pelaburan banyak kesah kejayaan dan kegagalan yang kita dengar. Yang gagal buat ingatan kita. Yang berjaya buat panduan kita. Setakat ini yang saya dengar, pelaburan emas dan perak adalah paling sukses sekali. Emas naik 600% sejak 10 tahun lalu. Perak atau silver pula naik lebih 800%. Maka tidak ada salahnya anda mencuba dalam pelaburan ini. Baca cerita lanjut di sini.
Kita masih menanti pembentangan rasmi Budget Iraq 2012 di parlimennya. Tetapi PM Malaysia akan membentangkan bajet pada jumaat ini. Dengar khabar gaji naik 25%!!!!!