Saya tidak menjawab sms berkaitan dengan Kyat. Pohon maaf ya kerana saya tidak menumpukan kajian berkaItan denagn Kyat. Cerita kyat beberapa hari lalu kerana respon terhadap situasi semasa di mana kyat diapungkan oleh pihak berkuasa Myanmar. Nampaknya sumber dari pelbagai web, berbeza-beza rate pertukarannya sehingga mengelirukan pelbagai pihak. Nak tahu rate sebenar, tukarlah kyat di Burma terus. Woooo.
Persidangan Negara-Negara Arab di Baghdad minggu lalu memberi rangsangan supaya Iraq dan Kuwait menyelesaikan isu-isu sosio politiknya. Kesan Perang Teluk pada 1990 masih menghambat hubungan Iraq-Kuwait. Iraq masih terbeban dengan bayaran ganti rugi kepada Kuwait. Beban ini kekadang lebih teruk tanggungannya dari hutang luar Iraq itu sendiri. Sesebuah negara yang punya tanggungan luar akan memberi kesan kepada nilai matawang. Ya, Singapura yang langsung tiada hutang luar adalah lebih baik ekonominya dan tinggi nilai matawangnya berbanding dengan Malaysia. Jika kita tak main sentimen bangsa, alangkah hebatnya Singapura - yang lebih baik urus tadbirnya, bebas rasuah, tinggi pendapatan perkapita, lebih bersih dan indah dari negaraku. Ha ha. Apa boleh buat hujan emas di negeri orang....
Bebarapa hari lalu rate dinar berbanding dengan USD adalah jatuh berbanding dengan dua bulan lalu. Adakah ini kerana faktor dalam Iraq atau faktor Syria yang memberi kesan kepada Iraq sekaligus. Namun, rate rasmi di CBI masih kekal lagi. Kekadang rate pasaran tidak mengikut rate rasmi kerajaan. Ini sebenarnya merupakan cabaran kepada sesuatu kerajaan mengawal aliran matawang mereka sendiri serta mengawal kemasukan dan pengeluaran matawang asing. Malaysia satu masa dahulu pernah menawarkan rate yang lebih tinggi kepada kemasukan USD, walaupun rate rasmi telah ditetapkan. Itu, ketika RM diikat. Kini sudah bebas masuk dan keluar.
Iraq sebenarnya telah merancang Bajet 2013. JIka Bajet 2013 adalah positif, harapan RV semakin cerah. Kita tunggu apa yang akan terjadi. Dengan harga minyak terus menaik, maka pendapatan Iraq pun akan terus meningkat. Satu kajian pakar pelaburan mengatakan melaburlah dalam syarikat minyak kerana harga minyak akan terus menaik seperti emas dan perak juga. Bagi penyimpan dinar Iraq, mereka melabur dalam negara minyak, bukan setakat dalam syarikat minyak. Ha ha. Jika di Amerika, saham syarikat minyak sudah bernilai melebehi USD 1,000 seunit!!!!!