Saturday, December 29, 2012

DINAR IRAQ: SUKSES 2013

Tinggal beberapa hari lagi berakhir 2012.

Moga mimpi indah 2013 akan menjelma. Ha ha.

Bagi yang tak memiliki dinar, janganlah susah hati. Anda tidak untong atau rugi jika dinar RV  atau tidak RV. Ha ha.  Kekadang, yang paling sibuk baca berita dinar ialah orang yang tidak memiliki dinar. Ha ha. Prihatin sungguh mereka dengan nasib sang pemilik Dinar.  Itu macam punya orang pun ada. Woooo.

Oktober 2013,  genaplah 10 tahun matawang Dinar yang baru selepas zaman Saddam. Kuwait mengambil masa 13 tahun  untuk  nilainya kembali ke USD 3.40.  Moga Iraq mengabil masa 10 tahun sahaja. Itulah ramalan kebanyakan ahli ekonomi.

Ada ramai yang sms kepada saya. Jika jawapannya setakat ya atau tidak, saya jawablah. Tetapi jika memerlukan huraian yang panjang, eloklah talipon saya. Jika tak jawab, cuba lagi. Mungkin saya ada mesyuarat atau urusan lain. Jika sms, bagilah salam dan nama anda. Kok jembalang mana pula yang sms, bolehlah saya tahu. Ha ha. Tambah-tambah  pula guna bahasa ala-ala kutu. Macam-macam ada. Saya adalah orang yang mengguna bahasa baku dalam sms. Maklomlah orang lama. 

Hidup kena buat macam macam kerja.  Makan gaji, niaga sambilan, aktif melabur, atau  aktif bikin MLM. Akhirnya kta akan jumpa peluang terbaik yang  memberi pendapatan. yang terbaik.  Teruskan usaha anda. Selagi ada hayat, bekerjalah. Mana ada pencen hidup ini.  Cerita pencen, hanya  nak bagi syok orang sahaja. Woooo. 


SELAMAT MENUJU 2013 DENGAN SUKSES!!!!!

Thursday, December 20, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: 2013 YANG CERAH

Dalam beberapa minggu terakhir ini hubungan ekonomi Iraq-Kuwait amat positif sekali.  Sebagai dua buah negara yang satu masa dulu nilai matawang masing-masing sama nilai dengan dollar USD,  ianya menggambarkan satu suasana yang positif.  Kita mengharapkan nilai Dinar Iraq akan bersamaan dengan nilai Dinar Kuwait.  Amerika pula, punya kepentingan  yang sama di dalam   dua buah negara ini.   Isu Dinar Iraq juga menjadi bahan berita di Amerika sejak akhir-akhir ini.  Apakah 2013 akan menjadi tahun bertuah kita   Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.  Ada orang bertanya saya, bila RV. Oh, bila pula saya menjadi pak nujum. Kita hanya bercakap berdasarkan senario politik dan ekonomi. Mungkin tepat atau kurang tepat. Yang kita perkatakan ialah prospeknya, bukan jaminannya. 

Dalam dunia pelaburan, selepas wang keluar dari akaun bank kita, maka ianya  terdedah dengan risko.  Terpulanglah kepada kita nak letak wang kita dalam kadar risko yang termampu.  Ada satu ketika, sesuatu pelaburan Ok, tetapi pada masa lain ianya merudum. Faktor "masa" adalah satu yang penting juga.  Satu masa dulu pelaburan hartanah merudum. Kini semacam meletup. Satu masa dulu, untung beli saham IPO.  Kini tak menjadi pula. Sehingga pelabur ASTRO mengatakan  "Ananda Sudah Tipu Ramai Orang" apabila harga IPOnya merudum ke RM 2-60 dari harga asal RM 3.00.  Dulu, harga emas naik gila-gila. Kini bergerak perlahan sahaja. Semuanya  dek  faktor semasa ekonomi.  Yang kerja makan gaji pun ada risko apabila majikan tak bayar gaji. Woooo.  Hidup kan perjuangan. "Esok masih ada"  kata Jins Shamsudin, yang kini dikatakan sedang uzur. 

Ok, jika nak mulakan perniagaan sambilan, jom jadi Pengedar Susu Biomil. Baca di sini.  Jika tak laku dalam tempoh 4 bulan, boleh kembalikan produk kepada pemborong utamanya. Mana mahu cari peborong macam ini wei.

Tuesday, December 18, 2012

RV DINAR IRAQ: DEBARAN SEHINGGA 31 MAC 2013

Abdul Basit Turki adalah Gabenor Bank Negara Iraq yang baru. Beliau telah diberi kuasa untuk meningkatkan nilai Dinar Iraq pada awal 2013.   Sejak dahulu pun, cerita-cerita indah semacam ini selalu tersebar tetapi tidak menjadi kenyataan. Sabar sahajalah. Ha ha.

Ada beberapa pihak memberi pandangan, jika RV berlaku, ianya adalah samada pada suku tahun pertama atau suku tahun keempat  dalam sesuatu tahun.  Just Hopin meramalkan sebelum akhir tahun ini. Ha ha. Jangan tidurlah kita  nampaknya dalam 15 hari terakhir bulan Disember ini. Woooo.

Sekarang kita ada 2 tarikh yang perlu kita awasi berkaitan dengan RV. Pertama, mulai hari ini sehingga 31 hb Disember 2012.  Kedua, mulai 1 hb Januari  hingga 31 hb Mac 2013.  Jika tidak berlaku RV dalam tarikh berkenaan, saya cadangkan kita petik buah  epal di Australia. Gaji sehari RM 450.00.  Wau. Baca di sini.   Jangan lupa belanja saya jika sudah dapat gaji memetik buah epal nanti ya....Wooooo



Monday, December 17, 2012

RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGi

Sementara menunggu  terbitnya sinar matahari 2013 dan RV, tatapilah tulisan Irfan Khairi mengenai  Rahsia Perniagaan Waktu Pagi:

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!


Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.

Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari. 


Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.


Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi. 


Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:   "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)
 
Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yansecukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

(Hidup ini kena waras, ada beras dan pastikan keras. Ha ha. Baca ini)

Thursday, December 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APA PUNYA TUUR DAA!

Beberapa hari lalu, tersebar berita kononnya dinar anda  tidak laku ditukar   jika no sirinya  tidak berdaftar sah dengan pihak tertentu. Sebenarnya semua wang Dinar yang beredar di pasaran adalah disah laku oleh Bank Negara  Iraq. Bank Negara Iraq tidaklah memantau kemana note itu beredar dari tangan ke tangan selepas berada di pasaran.  Suatu yang mustahil bagi CBI memantau setiap note yang beredar itu. Ha ha.

Adakah note RM yang anda simpan di Bank, akan disemak nombor sirinya. Tidak sama sekali. Bank hanya pastikan wang itu asli atau tidak sahaja. Mana mungkin wang berbilion mahu di semak satu persatu nombor sirinya. Logik logiklah sedikit jika nak buat berita. Bikin buang  masa saya sahaja untuk menjawab sms dan talipon penyimpan Dinar. Woooo.







Wednesday, December 5, 2012

DINAR IRAQ: BISNES PASTI TAK RUGI!!!!

Timbalan Gabenor Bank Negara Iraq, Mohamad Saleh menyatakan keazaman CBI meningkatkan nilai Dinar Iraq setara dengan nilai USD.  Dengan rezabnya kini sebanyak USD 60 bilion dan usaha-usaha mengawal   kadar inflasi,  beliau yakin matlamat ini akan tercapai dalam tempoh 2 tahun dari sekarang.

Walaupun Mohamad Saleh mengatakan dalam 2 tahun nilai Dinar Iraq akan bersamaan dengan USD,  bagi kita  memadailah nilainya setara USD 0.30 dalam tempoh terdekat. Ha ha. Itupun dah lumayan.

Ada beberapa orang sudah keletihan menanti RV.  Sepatutnya ini tidak berlaku. Buatlah kerja seperti biasa. Jika hendak pendapatan tambahan, carilah peluang-peluang baru. Di luar rumah kita banyak sekali peluang menambah pendapatan. Pokoknya mahu usaha sedikit.  Dengan modal RM 390 sahaja, anda sudah ada satu produk yang wajib dibeli oleh golongan wanita.  Dijamin tidak rugi. Wau. Dapatkan produk luar biasa Lexee  dari Realelite 03-40244859.  Lihat kehebatannya. Woooo.   Cerita lanjut di sini dan di sini

Jika mahu tahu macam mana nak buat income RM 10k seminggu, jumpa saya di pejabat NO 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, KL. Bikin temu janji 012-2104244. Yang pasti tidak rugi. Ha ha, jika nak mulakan perniagaan, cari perniagaan yang   pasti tidak rugi.