Abdul Basit Turki adalah Gabenor Bank Negara Iraq yang baru. Beliau telah diberi kuasa untuk meningkatkan nilai Dinar Iraq pada awal 2013. Sejak dahulu pun, cerita-cerita indah semacam ini selalu tersebar tetapi tidak menjadi kenyataan. Sabar sahajalah. Ha ha.
Ada beberapa pihak memberi pandangan, jika RV berlaku, ianya adalah samada pada suku tahun pertama atau suku tahun keempat dalam sesuatu tahun. Just Hopin meramalkan sebelum akhir tahun ini. Ha ha. Jangan tidurlah kita nampaknya dalam 15 hari terakhir bulan Disember ini. Woooo.
Sekarang kita ada 2 tarikh yang perlu kita awasi berkaitan dengan RV. Pertama, mulai hari ini sehingga 31 hb Disember 2012. Kedua, mulai 1 hb Januari hingga 31 hb Mac 2013. Jika tidak berlaku RV dalam tarikh berkenaan, saya cadangkan kita petik buah epal di Australia. Gaji sehari RM 450.00. Wau. Baca di sini. Jangan lupa belanja saya jika sudah dapat gaji memetik buah epal nanti ya....Wooooo