Sementara menunggu terbitnya sinar matahari 2013 dan RV, tatapilah tulisan Irfan Khairi mengenai Rahsia Perniagaan Waktu Pagi:
Waktu
pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas
berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun
awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan
aktiviti perniagaan anda awal pagi!
Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering
kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan
berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam
ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada
juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda
kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.
Apa
pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita
peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa
rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!
Konsep
Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila
memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan
produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan
paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya
di awal setiap hari.
Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk
mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda
yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur.
Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan
mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan
berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.
Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan
ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah
bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi.
Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut: "Wahai
anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau
jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan
rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari"
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang
yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja
di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh
manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan
kerja anda di awal pagi, selepas rehat yang secukupnya, anda akan dapat
merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!
(Hidup ini kena waras, ada beras dan pastikan keras. Ha ha. Baca ini)
(Hidup ini kena waras, ada beras dan pastikan keras. Ha ha. Baca ini)