Dalam beberapa minggu terakhir ini hubungan ekonomi Iraq-Kuwait amat positif sekali. Sebagai dua buah negara yang satu masa dulu nilai matawang masing-masing sama nilai dengan dollar USD, ianya menggambarkan satu suasana yang positif. Kita mengharapkan nilai Dinar Iraq akan bersamaan dengan nilai Dinar Kuwait. Amerika pula, punya kepentingan yang sama di dalam dua buah negara ini. Isu Dinar Iraq juga menjadi bahan berita di Amerika sejak akhir-akhir ini. Apakah 2013 akan menjadi tahun bertuah kita Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Ada orang bertanya saya, bila RV. Oh, bila pula saya menjadi pak nujum. Kita hanya bercakap berdasarkan senario politik dan ekonomi. Mungkin tepat atau kurang tepat. Yang kita perkatakan ialah prospeknya, bukan jaminannya.
Dalam dunia pelaburan, selepas wang keluar dari akaun bank kita, maka ianya terdedah dengan risko. Terpulanglah kepada kita nak letak wang kita dalam kadar risko yang termampu. Ada satu ketika, sesuatu pelaburan Ok, tetapi pada masa lain ianya merudum. Faktor "masa" adalah satu yang penting juga. Satu masa dulu pelaburan hartanah merudum. Kini semacam meletup. Satu masa dulu, untung beli saham IPO. Kini tak menjadi pula. Sehingga pelabur ASTRO mengatakan "Ananda Sudah Tipu Ramai Orang" apabila harga IPOnya merudum ke RM 2-60 dari harga asal RM 3.00. Dulu, harga emas naik gila-gila. Kini bergerak perlahan sahaja. Semuanya dek faktor semasa ekonomi. Yang kerja makan gaji pun ada risko apabila majikan tak bayar gaji. Woooo. Hidup kan perjuangan. "Esok masih ada" kata Jins Shamsudin, yang kini dikatakan sedang uzur.
Ok, jika nak mulakan perniagaan sambilan, jom jadi Pengedar Susu Biomil. Baca di sini. Jika tak laku dalam tempoh 4 bulan, boleh kembalikan produk kepada pemborong utamanya. Mana mahu cari peborong macam ini wei.