Saturday, December 29, 2012

DINAR IRAQ: SUKSES 2013

Tinggal beberapa hari lagi berakhir 2012.

Moga mimpi indah 2013 akan menjelma. Ha ha.

Bagi yang tak memiliki dinar, janganlah susah hati. Anda tidak untong atau rugi jika dinar RV  atau tidak RV. Ha ha.  Kekadang, yang paling sibuk baca berita dinar ialah orang yang tidak memiliki dinar. Ha ha. Prihatin sungguh mereka dengan nasib sang pemilik Dinar.  Itu macam punya orang pun ada. Woooo.

Oktober 2013,  genaplah 10 tahun matawang Dinar yang baru selepas zaman Saddam. Kuwait mengambil masa 13 tahun  untuk  nilainya kembali ke USD 3.40.  Moga Iraq mengabil masa 10 tahun sahaja. Itulah ramalan kebanyakan ahli ekonomi.

Ada ramai yang sms kepada saya. Jika jawapannya setakat ya atau tidak, saya jawablah. Tetapi jika memerlukan huraian yang panjang, eloklah talipon saya. Jika tak jawab, cuba lagi. Mungkin saya ada mesyuarat atau urusan lain. Jika sms, bagilah salam dan nama anda. Kok jembalang mana pula yang sms, bolehlah saya tahu. Ha ha. Tambah-tambah  pula guna bahasa ala-ala kutu. Macam-macam ada. Saya adalah orang yang mengguna bahasa baku dalam sms. Maklomlah orang lama. 

Hidup kena buat macam macam kerja.  Makan gaji, niaga sambilan, aktif melabur, atau  aktif bikin MLM. Akhirnya kta akan jumpa peluang terbaik yang  memberi pendapatan. yang terbaik.  Teruskan usaha anda. Selagi ada hayat, bekerjalah. Mana ada pencen hidup ini.  Cerita pencen, hanya  nak bagi syok orang sahaja. Woooo. 


SELAMAT MENUJU 2013 DENGAN SUKSES!!!!!