Thursday, December 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APA PUNYA TUUR DAA!

Beberapa hari lalu, tersebar berita kononnya dinar anda  tidak laku ditukar   jika no sirinya  tidak berdaftar sah dengan pihak tertentu. Sebenarnya semua wang Dinar yang beredar di pasaran adalah disah laku oleh Bank Negara  Iraq. Bank Negara Iraq tidaklah memantau kemana note itu beredar dari tangan ke tangan selepas berada di pasaran.  Suatu yang mustahil bagi CBI memantau setiap note yang beredar itu. Ha ha.

Adakah note RM yang anda simpan di Bank, akan disemak nombor sirinya. Tidak sama sekali. Bank hanya pastikan wang itu asli atau tidak sahaja. Mana mungkin wang berbilion mahu di semak satu persatu nombor sirinya. Logik logiklah sedikit jika nak buat berita. Bikin buang  masa saya sahaja untuk menjawab sms dan talipon penyimpan Dinar. Woooo.