Hari ini Parlimen Iraq bersidang. Mengikut perundingan awal, Syed Alawi akan dilantik sebagai Speaker Parlimen dan Talabani sebagai Presiden Iraq. Harap-harap suasana di Parlimen tak segawat di kota Baghdad yang bom sana sini. Ramai peminat Dinar Malaysia yang prihatin dengan suasana ini. Ha ha. Jangan tak ambil tau hal Malaysia sudahlah.
Menurut Ahli Numerologi, hari ini 11.11.2010 memberi isyarat beberapa perkara. Pertamanya hari ini adalah hari yang dipenuhi dengan agenda yang banyak bercakap-cakap kerana banyak nombor 2 ( 1+1). Ha ha. Apa ke tidaknya, Parlimen Iraq bersidang pada hari ini, tentu ramai yang berbalas hujjah. Kalau ada live, pasti syok menontonnya. Tetapi kalau tak reti bahasa Arab, apa yang nak difahamkan. Setakat ana, anta, masyaallah, nauzubillah - mana boleh cukup dah.
Tarikh 11.11.2010 ini jumlahnya ialah 7. Angka 7 tu membawa tuah katanya. Tuah rezki kot. Ha ha.
Walaupun ramai orang yang seronok dengan ilmu Numerologi ini, tetapi saya tak percaya itu semua. Angka hanya mainan matematik sahaja. Angka bukan menentukan takdir. Angka bukan penyebab jaya gagal seseorang. Ilmu, Usaha, Doa, Tawakkal, Amal Ibadah kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia adalah elemen terpenting kepada kejayaan. Usaha adalah sains. Ada hukumnya. Tanam kacang tumbuh kacang. Jika lalang dan rumput yang tumbuh, kena dibunuh. Ha ha. Jika kerana nombor, seseorang itu berjaya, maka manusia akan sentiasa merujuk kepada nombor sebelum membuat sesuatu. Ha ha ha. Nombor ini ada 1 hingga 9. Maka pusing-pusing hidup kita akan ditafsirkan oleh nombor itu sahaja. Wooo.
Minta maaflah kepada pecinta Numerologi.
Bagi peminat Dinar ingin saya tegaskan bahwa proses pengapungan Dinar adalah berasaskan kepada keperluan dan kehendak ekonomi Iraq. Fundamental ekonomi Iraq adalah faktor utama untuk menjustifikasikan Dinar boleh diapungkan. Namun faktor politik khususnya keamanan dan keselamatan Iraq tetap memberi kesan kepada sebarang aktiviti ekonomi Iraq. Maka kita berasa sedih jika Iraq terus dihantui dengan pelbagai suasana yang tak selamat. Kita di sini hanya mampu berdoa. Yang kita harapkan pihak berkuasa Iraq kena mengambil tindakan serius mengatasi masalah ini. Kalau tak, maka makin panjanglah angan-angan kita nak kaya. Woooo