Sebaik sahaja Nouri Al Maliki menjadi PM Iraq, Kongres Amerika telah menghantar rombongannya untuk berbincang dengan Nouri Al Maliki pada semalam, hari Selasa. Wah, mereka macam tak sabar menunggu parlimen yang akan bersidang pada esok, Khamis. Ada apa apa ke? Ha ha.
Amerikalah yang paling berkepentingan dengan Iraq, samada kerana minyaknya atau dinarnya. Dikatakan Amerika merupakan negara luar yang paling banyak menyimpan Dinar Iraq dan kedua terbesar melabur di Iraq kini, selepas Syria. Jika anda ada sejuta dinar pun jangan khuatir kerana Amerika akan menjaga kepentingan anda semua yang menyimpan Dinar. Ha ha. Maklomlah ada yang risau dengan wang yang banyak, kononnya dikatakan sebagai wang seludup dan wang haram pula. Jika Dinar Iraq sudah berada di negara ini, tak ada sebab untuk tidak boleh ditukar dengan RM tetapi dengan syarat ianya telah diistiharkan oleh kerajaan Iraq bahawa Dinar telah diapungkan.
Pokoknya anda semua kena dapat maklumat sahih, bukan setakat dengar borak-borak di forum di internet yang kekadang tak akademik langsung. Maaf cakap le ye. Misalnya kes buang 3 kosong pada dinar Iraq. Dalam bahasa currency (matawang), buang 3 kosong maknanya ialah meningkatkan nilai sesuatu matawang itu. Nilai sesuatu matawang lazimnya dikaitkan dengan USD. Jika 1,000 Dinar bersamaan 1 USD, maka jika dikatakan buang 3 kosong, ianya bermakna 1 Dinar bersamaan 1 USD. Maka 10,000 Dinar akan bersamaan USD 10,000. Wau. Dan bukan bermakna 10,000 Dinar jadi 10 Dinar. Jika 10,000 Dinar jadi 10 Dinar, maka jenuhlah Bank Negara Iraq memadamkan tiga kosong pada note 10,000 Dinar tu. Ha ha ha.
Kita kena perhatikan perkembangan Iraq dari sekarang sehingga Februari 2011 kerana kerancakan ekonomi Iraq tidak membenarkan nilai Dinarnya seperti sekarang. Ia wajib naik dari segi hukum ekonomi. Hanya negara yang bodoh sahaja akan terus membiarkan matawangnya di bawah nilai par. Wooo. Dalam kes Malaysia, pada tahun 2005, Gabenor Bank Negara terpaksa meredah Perhimpunan Agung Umno untuk berjumpa dengan Pak Lah, meminta kebenaran untuk mengapungkan RM secara sertma merta, tanpa bertangguh sehari pun. Jika ditangguhkan apungan, Malaysia akan rugi berbilion ringgit. Tengok apa yang terjadi sekarang pada RM. Kini RM 3.00 bersamaan USD 1.00. Dahulu RM 3.80 = USD 1.00. Jangan tak tahu bib....
Jika anda ada soalan berkaitan dengan Dinar tetapi belum dijawab oleh saya dalam blog ini, sila berjumpa saya untuk borak-borak dan minum kopi janda. Jika di luar KL, sila talipon saya. Jika tak ada kredit, apa boleh buat. Hua hua hua.
Jika anda ada soalan berkaitan dengan Dinar tetapi belum dijawab oleh saya dalam blog ini, sila berjumpa saya untuk borak-borak dan minum kopi janda. Jika di luar KL, sila talipon saya. Jika tak ada kredit, apa boleh buat. Hua hua hua.