Walaupun cuti Aidil Adha, ramai yang sms bertanyakan khabar Dinar Iraq. Ha ha. Bukankah PM Iraq kena membentuk kabinet terlebih dahulu, barulah sebarang dasar negara boleh diputuskan. Nampaknya, payah nak tidur bagi orang nak jadi jutawan ini rupa-rupanya. Kalau dulu yang payah tidur ialah orang yang lapar perutnya tetapi kini ialah orang yang bakal menjadi jutawan dinar rupanya. Wooo. Relaxlah brother.
Ada beberapa isu yang sedang dikhuatiri oleh penyimpan dinar pada masa kini. Yang kelakarnya, walaupun khuatir, tetapi tetap menyimpan dinar. Jika ada perasaan takut kerugian, eloklah jangan memiliki dinar. Buat apa merisaukan hati anda sehingga tak tidur malam. Ha ha. Kita buat perkara yang kita percaya. Hati kita mesti positif dengan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Allah bersama dengan bisikan hati kita. Jika dok was was rugi, jangan buat perkara itu. Kalau dok rasa bimbang setiap saat, alangkah deritanya perasaan kita. So, buatlah yang anda yakini sahaja. Woo.
Ramai yang risau Iraq akan menukar notenya pada akhir tahun ini. Maka dinar yang disimpan akan menjadi daun pisang seperti duit Jepun dahulu. Sebenarnya tidak ada satu kenyatan rasmi pun oleh Bank Negara Iraq tentang pertukaran wang Iraq pada penghujung tahun ini. Sebuah negara selepas pasca perang dunia kedua, yang kini telah ada PBB, yang ada World Bank, yang ada IMF, dan ada pelbagai badan pemantau antara bangsa; hendaklah seboleh mungkin "mengurus kepercayaan" dunia terhadap negaranya. Apa yang dibuat oleh sesuatu negara itu perlu direstui oleh badan pengawas antara bangsa. Ini zaman global. Apabila Iraq menjual dinarnya, IMF dan World Bank telah mengkaji buruk baik serta kesan postif dan negatifnya akan tindakan tersebut. Iraq tidak boleh secara semborono mengahapuskan notenya sehingga dunia akan rugi berbilion USD.
Iraq mesti mengikut tatacara dan prosidur jika mahu menghapuskan notenya. Lazimnya, hanya negara yang tidak ada "hubungan luar" sahaja boleh menukar notenya selalu. Bagi Amerika, Britain, dan lain -lain negara besar tidak akan menukar notenya sesuka hati. Misalnya Amerika, dikatakan ada sejumlah lebih USD 800 bilion wang kertasnya di luar Amerika. Ada ke anda ada mendengar Amerika dok menukar notenya selalu. Kalau Amerika buat begitu, tak ada siapa pun yang akan menyimpan dan guna USD tu. Begitu jugalah Iraq. Jika notenya mahu ditukar pada akhir tahun ini, maka tak ada bank asing yang membeli lelongan dinarnya setiap bulan!!!!
Insyaallah, esok saya akan bincangkan strategi Iraq membeli balik semula (buy back) dinarnya dari seluruh dunia. Jika lepas tu depa nak tukar notenya pun kita tarak heran ooo. Woo. Harap brother Dodi Melaka, jangan simpan dinar lama-lama selepas diapungkan. Jika naik 30 sen USD, tukarlah separuh dari dinar yang anda miliki. Baki separuh tu, dah dikira bonus jika tak jadi apa-apa terhadap Dinar Iraq.
Moga anda tidur lena pada malam ini. Jika dinar tu merisaukan anda, sedekah aja dinar tu kepada orang lain. Wooo.