Hari ini nak cerita hal Dinar lain lak iaitu Dinar Emas. Cerita Dinar Iraq akan bersambung pada esok.
Dinar Emas adalah sebahagian dari pelbagai jenis emas ketul atau gold bar. Dikatakan Dinar Emas kerana beratnya mengikut berat dinar. Dinar Emas dan emas ketul 999.99 adalah merupakan sebahagian potfolio pelaburan terbaik pada masa hadapan kerana ia tegar inflasi. Bak kata Encik Mohd Nor, seorang pemilik Dinar Iraq, harga seekor kambing pada zaman Saidina Umar dahulu adalah satu dinar. Dan kini harga seekor kambing pun tetap satu dinar juga. Ha ha. Ya tak ya juga. Kalau guna wang kertas RM, sekilo ikan kembong pada zaman 70an ialah RM 1.00 tetapi kini adalah RM 10.00. RM atau wang kertas terus menurun nilainya tetapi emas ketul terus menaik selaras dengan harga semasa.

Maka kini wujud gerakan untuk mempekenalkan semula wang dalam bentuk Dinar Emas. Sebagai alternatif pelaburan, ianya amat baik disokong. Namun untuk penggunaan harian, eloklah wang kertas. Ha ha. Kalau hilang tak menangis. Ha ha.
Dinar Iraq akan meraih keuntungan beribu peratus selepas diapungkan. Dinar Emas pula akan menaik nilainya antara 10 ke 15% setiap tahun. Kedua-dua peluang ini perlu diambil oleh kita semua. Peluang dari Dinar Iraq hanya datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Manakala peluang dalam dinar emas sentiasa terbuka kecualilah bumi sudah kehabisan emas. Ha ha. Ya, sahabat saya Saudara Jamaludin adalah antara pejuang dinar emas atau emas ketul (gold bar). Lihat http://www.saudagaremas.com/.
Kesedaran ummat Islam kini adalah kearah memperjuangkan penggunaan Dinar Emas sebagai pengganti wang kertas. Ianya memerlukan kita memerintah dunia atau menjadi kuasa besar dunia. Kalau dok jadi pak turut Amerika, tak mampu melaksanakan idea ini. Bila Kelantan perkenalkan Dinar Emas, yang paling kuat menentangnya ialah orang bernama Awang juga. Woooo.