Tuesday, November 23, 2010

IRAQ AKAN JOIN WTO AKHIR 2011

Saya sibuk berhari raya  pada minggu lalu dan pada Sabtu lalu  berkunjung ke utara tanah air sehingga petang semalam. Maka tak sempat mengemaskini blog. Macam-macam sms yang saya terima sehingga ada mengatakan dinar telah diapung. Woooo. Kalau ya, tak ada salahnya. Lewat  dua tiga hari nak cashkan dinar Iraq, taklah rugi, malah mungkin lebih untung lagi jika dinar akan naik nilainya.  Dalam pada tu, ada juga sms yang saya anggap sebagai terlalu ekstrim dalam memikirkan risko yang berkaitan dengan dinar Iraq. Wooo. Tak payahlah saya cerita. Soalan-soalan pelik ini saya tak jawab kecuali yang bertanya dengan menalipon saya. Ha ha. Perabis beras le kata orang Negeri Sembilan. Sori ya...

Memang semua orang mahu dinar diapungkan dengan segera tetapi proses pengapungan mestilah melalui beberapa prosidur secara teratur dan memerlukan masa yang manasabah. Ada beberapa perkara yang perlu kita sahkan terlebih dahulu misalnya pembentukan kabinet secara rasmi, sidang parlimen yang membahaskan bajet Iraq 2011, pembetukan Majlis Presiden,  perbincangan rasmi dengan IMF dan akhir sekali ialah kenyataan secara rasmi oleh Bank Negara Iraq. Banyak web site yang terlalu memanaskan isu-isu berkaitan dengan dinar Iraq sehingga ramai yang jadi ism dinar. Ha  ha. Elok-elok jiwa tenang dalam menyimpan dinar, kini dah tak aman tenteram jiwanya. Ha ha.  Hai,  jika nak kaya  dengan dinar ini,  hati tak boleh tenteram, lebih baik jangan jadi kayalah  bib.  Matlamat kehidupan ialah kebahagian dengan hati yang tenteram. Jika ada duit RM 100.00 dalam poket,   tetapi  hati boleh tenteram   kan bagus  dari   ada   RM 1 juta   tetapi  hati tak tenteram. Ha ha.

Pesan saya, penyimpanan Dinar Iraq adalah satu potfolio pelaburan masa depan  yang berpotensi menjana seseorang menjadi jutawan. Namun selagi ianya bernama pelaburan, ia tetap ada unsur risko. Maka ambillah risko sekadar yang mampu  anda sanggupi sahaja. Jika anda tak sanggup risko RM 160.00, maka anda  tidak layak menyimpan 10,000 Dinar raq. Tetapi jika anda mengira kos menjadi jutawan dengan RM 15,000.00 itu terlalu murah, tak ada salahnya, anda memiliki sejuta dinar. Saya telah membuat pelbagai bisnes yang modal ratusan ribu ringgit, tak juga jadi jutawan. Manalah tau dengan sedikit pelaburan ini, saya akan menjadi jutawan dinar. Saya menyimpan lebih 10 juta dinar. 5 juta dinar lagi untuk pusingan jual beli.  Jika anda rasa anda akan lebih rugi dari saya, maka anda jangan miliki dinar. Ha ha.

Ada  satu berita  baik yang saya perolehi ialah Iraq akan menyertai WTO pada akhir tahun 2011. Sudah tentulah bagi sebuah negara yang ingin menyertai  WTO, polisi monetarinya mestilah  bersifat global. Salah satu ciri global ialah matawangnya laku di pasaran dunia atau  matawangnya  terapung. Maka isyarat dinar kena diapungkan semacam satu  kewajban sebelum akhir tahun 2011. Soalnya bila? Awal tahun 2011 kah. Atau pertengahan 2011?. Apa pun kondisi politik Iraq kena berjalan lancar supaya memenuhi  syarat kestabilan politik  bagi  memantapkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. 

Saya akan bincangkan bagaimana Iraq akan buy back matawangnya esok. Sori, sepatutnya hari ini tetapi kena tenteramkan hati kawan saya   Shukri Besut yang tak sabau-sabau nak kaya. Ha ha ha.