Hari ini, 25 November 2010, Malik An Nuri, sah menerima surat lantikan secara rasmi sebagai PM dari Presiden Iraq, Jalal Talabani. Maka dalam tempoh 30 hari dari sekarag, Malik An Nuri kena membentuk barisan kabinetnya.
Dalam perkembangan lain, IMF telah meminta Iraq melangsaikan hutang dalam negaranya. Iraq banyak berhutang dengan pelbagai syarikat perniagaan dalam negara. Isu hutang ini adalah penting kerana kestabilan dan kekuatan sesuatu matawang adalah bergantung kepada keupayaan sesebuah negara menjelaskan hutang dalam dan luar negaranya. Maka desakan IMF ini adalah merupakan satu isyarat supaya Iraq menyediakan satu kondisi yang melayakkannya mengapungkan matawang dinarnya.
Dengan melihat dua isu diatas, iaitu jangkamasa membentuk barisan kabinet dan pembayaran hutang dalam negara secara segera, maka tarikh apungan dinar tidak akan berlaku pada akhir tahun ini seperti yang diramalkan oleh TV1. Maka anda semua berpeluang menambah koleksi dinar dari wang bonus di akhir tahun ini. Ha ha.
(Nota: saya masih kurang sihat kerana bisul di kepala. Kekawan kata, itu tanda dinar nak meletup. Woo.)