Wang akan beredar antara dua pasaran utama dalam negara iaitu di Bursa Saham atau di Pasaran Wang (Bank). Jika pasaran saham baik, maka para pelabur akan memasuki pasaran saham untuk mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di Bank. Jika pasaran saham merudum dan Bank menawarkan kadar faedah yang lebih baik dari perolehan di Pasaran saham, maka ramailah yang memindahkan wangnya ke bank pula. Inilah gelagat ekonomi dan para penyimpan wang. Maka tak hairanlah kepada kita, jika ada Pak Man Telo baru yang menawarkan skim untung 10% sebulan, maka berebut-rebutlah orang ramai mencari pak Man Telo. Tau-tau kantoi!!! Wooo.
Di Timur Tengah, dikatakan Pasaran Saham Iraq adalah yang kedua baik pulangannya. Pulangannya pada tahun ini sehingga 7 Februari lalu ialah 14.6%. Yang pertama ialah Iran iaitu 16.4%. Jika ini angkanya dan faktanya, ekonomi Iraq sedang berada di jajaran yang betul. Bursa Saham adalah salah satu petunjuk ekonomi sesebuah negara. Yang memeranjatkan kita ialah Bursa Saham Iraq, baru sahaja ada 100 syarikat yang disenaraikan berbanding dengan Iran yang telah ada 400 syarikat.
Maka tak hairanlah kepada saya jika ada cakap-cakap, kabinet Iraq sedang membincangkan isu apungan Dinar ini. Awan dah gelap mendungnya tetapi tak tahu bila nak hujan. Si Akmal Klang dah menggigil nak tukar dinar. Wooo
Berita lanjut di sini.