Pada awal Februari ini, Mahkamah Agung Iraq telah memutuskan bahawa beberapa Institusi Kerajaan seperti BPR, SPR, SUHAKAM dan juga termasuk Bank Pusat Iraq diletakkan di bawah pengawasan KABINET dan bukan di bawah pengwasan PARLIMEN. Padahal berdasarkan perlembagaan baru Iraq yang telah disusun dengan agak tergesa gesa selepas Perang 2003 dahulu, badan badan tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen. Bagaimanapun, Nouri Al Maliki berhujah dan Mahkamah Agung bersetuju bahawa definisi "pemantauan pengawasan kuasa" adalah longgar atau samar samar.
Sebaik sahaja keputusan itu dimaklumkan, Gabenor Bank Iraq, Sinan Al Shabibi telah bersuara dengan mengatakan bahawa keputusan meletakkan Bank Pusat Iraq di bawah KABINET akan membuka ruang risiko aset di luar negaranya termasuk Dana Pembangunan Iraq di Federal Reserves New York, USA yang berjumlah lebih USD50 Billion boleh diakses oleh ahli ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Dan katanya lagi, adalah tidak menjadi masalah untuk kami menyelaraskan kerja kami dengan KABINET. Bagaimanapun Bank Pusat Iraq akan menuntut KEMERDEKAAN/kebebasan dari KABINET. Memetik kata Sinan Al Shabibi:
'The bank is independent, financially and administratively, and therefore all procedures and policies that it adopts are independent,'he said after meeting lawmakers in parliament."
Lalu, Nouri al Maliki pula memberikan respon dengan mengatakan bahawa ""The day WILL NOT come when we tell the Central Bank we want to use any part of the bank's reserves for the state's budget,".
Sementara itu, Ketua SPR Iraq, Faraj al Haidari berkata, penguasaan KABINET sekarang ke atas badan badan tersebut tidak akan memberi kesan negatif, tetapi isunya ialah bagaimana pada masa depan jika ada SEBUAH PARTI yang akan mendapat MAJORITI pemerintahan di KABINET?
Selepas perang 2003, Development Fund or Iraq (DFI) telah diwujudkan di bawah kuasa PBB untuk bertindak sebagai akaun penerima pendapatan untuk hasil jualan minyak Iraq dan lain lain dana yang dirampas semasa Perang 2003 @ USD926.7 yang mana USD650 Juta dari jumlah tersebut adalah milik anak Saddam, Uday. USD8.8 Billion sahaja telah tidak diakaunkan dan digunakan untuk pengurusan selepas pencerobohan/peperangan 2003, untuk tujuan seperti pembelian (trading) minyak secara haram. Akaun ini terletak di Federal Reserve Bank, New York. Akaun ini akan expired menjelang 30 June 2011 ini. Justeru semalam Parlimen telah mengarahkan Bank Pusat Iraq untuk membuka akaun untuk membolehkan pemindahan dana tersebut dilakukan segera sebelum ada kemungkinan risiko dituntut oleh pihak asing.
Justeru itu, beberpa hari lalu, Parlimen Iraq telah mengarahkan diwujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji IMPLIKASI apabila badan badan tersebut diletakkan di bawah KABINET.
Pembangkang berpendapat keputusan itu telah mengganggu "Sistem Demokasi" kerana kelihatannya pihak Syiah telah mula ingin MELEBARKAN kuasa ke atas badan badan tersebut.
Manakala itu, Speaker Parlimen Iraq, Osama al Nujaifi (Sunni) berkata keputusan Mahkamah itu adalah satu bentuk ANCAMAN kepada DEMOKRASI dan PERLEMBAGAAN. Dan menurutnya lagi, Parlimen akan bersidang dan membuat deraf baru undang undang untuk melakukan REFORMASI ke atas MAHKAMAH, contohnya dari segi kaedah pemecatan hakim atau pun cara pemilihan hakim. Tak nak ada hakim yang telah membuat keputusan yang "mengancam sistem demokrasi" itu.
Tapi bak kata Nouri al Maliki, keputusan telah dibuat, IMPOSSIBLE untuk ditarik balik.
Isu ini berkait rapat siapakah yang berkuasa untuk memutuskan dinar diapungkan nanti. Jika PM dan Gabenor Bank Negara Iraq bersetuju Dinar diapungkan, tidak menjadi masalah. Tetapi jika salah seorang tak bersetuju, ianya memungkinkan Dinar mengambil masa untuk diapungkan. Orang politik lazimnya nak cepat tetapi orang pentadbiran terlalu berhati-hati dan lambat membuat keputusan. Al Maliki pernah memberi komitmen untuk menilai semula dinar. Tetapi fundamental ekonomi Iraq kini yang semakin baik semacam tak memberi inspirasi kepada Gabenor Bank Pusat Iraq untuk segera menilai semula dinarnya. Alahai ....nak kena demo ke? Ha ha. Orang Semanggol dah tak sabar le....